Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

webadmin
31 Dec 2020 01:29am
A
A
A

Kuching - Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri masih menunggu dana daripada Kerajaan Persekutuan sebelum memulakan latihan kepada kira-kira 3,000 guru seluruh negeri ini untuk mengajar dalam bahasa Inggeris sebagai medium arahan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah mulai Januari tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Michael Manyin berkata, pada masa sekarang kementerian berkenaan sedang menyiapkan modul dan mengenalpasti jumlah kos bagi latihan berkenaan serta kos mencetak bahan.

"Jadi kami masih menunggu jumlah yang sebenar manakala latihan bagi guru berkenaan akan dilaksanakan di sini.

"Kami telah mengenalpasti 2,687 guru bagi sekolah rendah tahun hadapan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengetua sekolah Menengah Sarawak ke-54 di sini, hari ini.

Beliau berkata, latihan itu akan dikendalikan oleh pensyarah dari Institut Pendidikan Guru di sekitar Sarawak.

"Latihan itu akan diadakan kira-kira dua minggu tetapi itu bukanlah yang mutakhir.

"Bagi mereka yang masih ragu-ragu kami akan beri lagi latihan lanjutan kerana kami mahu memastikan program berkenaan akan berjaya,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Negeri juga diarah mendapatkan persetujuan dan maklumbalas daripada ibu bapa mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium arahan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut, yang akan menjadi lebih mudah untuk diajar memandangkan ia melibatkan nama teknikal sahaja dan kedudukan pentingnya sebagai bahasa utama global. - Bernama

Baca:

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin enam teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

SK Bakong raih keuntungan RM15,000 setahun - Tukar kantin sekolah jadi bangsal cendawan

SK KLIA berubah wajah dalam sembilan jam setelah 'dikerjakan' penuntut Universiti Xiamen 

Pesara guru ditipu RM197,000 oleh kenalan Facebook, rupa-rupanya diperangkap Parcel Scam

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

 

 



 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok