SEBARU sedia 10 kawah bubur asyura sempena Maal Hijrah
SEBARU sedia 10 kawah bubur asyura sempena Maal Hijrah

SEBARU sedia 10 kawah bubur asyura sempena Maal Hijrah

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
18 Aug 2022 06:00pm

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu (SEBARU), Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu menyediakan 10 buah kawah sebagai persediaan memasak bubur asyura, baru-baru ini.

Program yang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah, ia melibatkan kerjasama antara warga SEBARU dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) serta pelbagai agensi dan badan sukarela.

Guru Besarnya, Julia Abu Bakar berkata, program memasak bubur asyura itu merupakan program tahunan sekolah yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan mengambil pengajaran daripadanya.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan para ibu bapa.

Tambah Julia, beberapa program menarik telah disediakan sepanjang program berlangsung, antaranya, ceramah agama dan video Maal Hijrah, kempen kesedaran kesihatan berkaitan penyakit Demam Denggi dan Tak Nak Merokok oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman serta lain-lain lagi.

Sambung guru besar ini lagi, bubur asyura SEBARU cukup istimewa dan lain daripada yang lain.

“Keistimewaan bubur asyura ini memang unik. Antaranya, ia dimasak menggunakan hampir 20 bahan mentah segar seperti ikan, ayam, daging dan pelbagai ramuan asli.

“Malah, komitmen semua guru dan petugas yang memasak hampir lima jam turut menjadi faktor bubur asyura sekolah ini begitu istimewa di hati semua,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 2,000 pek bubur asyura telah diagihkan kepada semua warga sekolah dan petugas yang terlibat.

Sesi mengedarkan pek tersebut dilakukan oleh Julia bersama Yang Dipertua PIBG SEBARU, Mohd Rosli Abd Wahab serta beberapa guru yang lain.

Mohd Rosli yang juga Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Kemaman, Terengganu memuji program bubur asyura ini yang dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

Artikel berkaitan 

Warga emas asal Perancis tinggal di Terengganu, siapkan PhD 

Tugas guru tidak halang Cikgu Ahmad jadi penulis, berkat kesungguhan, banyak karya diterbitkan 

Bapa luah rasa kesal, anak terima sumbangan baju sekolah tidak berkualiti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp