271058551_292699882827331_3165293650731268316_n
271058551_292699882827331_3165293650731268316_n

Sekolah diminta hantar laporan kerosakan akibat banjir kepada KPM - Mohd Alamin

Adlan Farhan Azwan
05 Jan 2022 03:50pm
A
A
A

SANDAKAN - Sekolah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini diminta supaya mengemukakan laporan lengkap tentang kerosakan struktur bangunan atau harta benda sekolah, kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin memaklumkan perkara itu setelah mengambil kira pembukaan sekolah yang bakal bermula minggu hadapan serta tidak mahu menjejaskan sesi pembelajaran pelajar.

“Jadi, sebab itulah saya minta semua pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk bekerjasama bagi menyiapkan laporan lengkap.

“Dengan laporan yang diberikan oleh pihak sekolah, keputusan sama ada sesi persekolahan boleh diteruskan untuk sesi pembelajaran akan dilakukan,” jelas beliau.

BACA JUGA: Institusi pendidikan terjejas akibat banjir dan dijadikan PPS akan bermula setelah sedia beroperasi – KPM

BACA JUGA: Pengumuman pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi sesi persekolahan Penggal 3 2021/2022

Menurut Mohd Alamin, pihak KPM akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan segala kerosakan yang dialami oleh sekolah akan diperbaiki dengan kadar segera menjelang sesi persekolahan 10 Januari depan.

Terdapat tiga buah sekolah terjejas di daerah Telupid melibatkan dua sekolah rendah, satu sekolah menengah dan satu lagi sekolah rendah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Beliau berkata demikian setelah memberikan taklimat banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II di sini hari ini.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan pihak kementerian telah menyediakan Prosedur Standard Operasi (SOP) bagi menghadapi bencana banjir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok