Sekolah di bawah Kerajaan Kelantan sudah melaksanakan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi bagi memberi ruang kepada pelajar untuk solat Subuh sejak 2015 lagi.
Sekolah di bawah Kerajaan Kelantan sudah melaksanakan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi bagi memberi ruang kepada pelajar untuk solat Subuh sejak 2015 lagi.

Sekolah Kerajaan Kelantan mula jam 8 pagi sejak 2015, bagi ruang pelajar solat Subuh

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
17 May 2025 10:35pm

Kerajaan Kelantan telah melaksanakan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi sejak tahun 2015 lagi, bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk menunaikan solat Subuh.

Menurut kenyataan, perkara ini bukanlah dasar baharu, sebaliknya kesinambungan yang diteruskan bagi memberi kemudahan kepada semua pihak termasuk guru dan ibu bapa dalam urusan menghantar anak-anak ke sekolah.

Langkah ini juga bertujuan memudahkan semua pihak menunaikan solat Subuh yang bermula selepas jam 6 pagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, dasar ini sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak beliau memegang portfolio Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat.

Sebelum ini tular ucapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu yang menyatakan pelaksanaan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi itu bertujuan memastikan pelajar sempat menunaikan solat Subuh dengan tenang tanpa tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan, penetapan waktu sekolah pada jam 7.30 pagi sebelum ini didapati menyebabkan ramai pelajar tidak menunaikan solat Subuh kerana kekangan masa.

"Kadang-kadang pelajar sekarang terlalu terburu-buru sehingga Subuh tidak sembahyang, kalau sembahyang pun doa dan wirid tidak ada. Sebab itu kerajaan negeri buat waktu sekolah bawah YIK bermula jam 8 pagi.

"Jadi ini yang kita ada kuasa (pinda waktu), lepas masuk jam 8 pagi, kita anjak waktu balik sedikit lewat selepas solat Zuhur berjemaah di sekolah, sembahyang benda wajib dan perlu lakukannya dengan sempurna," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp