Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di IJN, pukul 7.10 malam sekali gus meninggalkan legasi kepimpinan yang dikenang penuh hormat dan kasih.
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di IJN, pukul 7.10 malam sekali gus meninggalkan legasi kepimpinan yang dikenang penuh hormat dan kasih.

'Selamat jalan Pak Lah. Pemergianmu pada usia 85 tahun buat kami menangis'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
14 Apr 2025 08:18pm

Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pukul 7.10 malam sekali gus meninggalkan legasi kepimpinan yang dikenang penuh hormat dan kasih.

Berita pemergian tersebut dimaklumkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin di laman Instagram Story, hari ini.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh," katanya.

Berita duka ini pastinya menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia yang pernah menyaksikan kepimpinannya berteraskan kesederhanaan, nilai murni dan kelembutan budi pekerti.

Dalam suasana penuh hiba, negara meratapi pemergian seorang negarawan yang telah banyak berjasa, bukan sahaja sebagai pemimpin, tetapi juga sebagai seorang insan disegani ramai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp