Bagi calon yang tidak berkesempatan membuat semakan keputusan, mereka masih berpeluang menyemaknya menerusi portal MPM di https://stpm.mpm.edu.my
Bagi calon yang tidak berkesempatan membuat semakan keputusan, mereka masih berpeluang menyemaknya menerusi portal MPM di https://stpm.mpm.edu.my

Semak keputusan STPM dengan 2 kaedah, mudah dan ringkas!

ROSHLAWATY MD RAIEH
27 May 2023 03:34pm
A
A
A

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi portal rasminya baru-baru ini mengumumkan beberapa tarikh penting berhubung keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Antara tarikh yang dikongsi MPM adalah tarikh keputusan peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2022 dan keputusan peperiksaan Semester 1 STPM 2023.

Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2022 diumumkan pada 23 Mei 2023 manakala peperiksaan Semester 1 STPM 2023 pada 24 Mei 2023.

Bagi calon yang tidak berkesempatan membuat semakan tersebut, mereka masih berpeluang menyemaknya menerusi portal MPM di https://stpm.mpm.edu.my

Mereka juga boleh melakukan semakan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM jarak RESULTU1 jarak Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888; serta menaip STPM jarak RESULTS1 jarak Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Sekiranya calon berhadapan beberapa kesulitan sepanjang semakan dilakukan anda disarankan menghantar e-mel ke stpm@mpm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Kami di Sinar Bestari mendoakan semoga kejayaan sentiasa mengiringi adik-adik semua.

Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak cemerlang, jangan cepat putus asa.

Artikel Berkaitan:

Teruskan berusaha dan berjuang hingga ke noktah terakhir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok