Semakan penempatan 4,828 guru pengambilan khas pada 18 Mac, mula lapor diri 4 April
PUTRAJAYA - Keputusan rasmi penempatan bagi 4,828 calon yang telah berjaya dalam
pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan Kementerian Pendidikan (KPM) di pautan https://egraduan.moe.gov.my.
Baca juga
Semakan tawaran SVM ke Sekolah Khusus 2022 bermula 15 Mac
Guru interim Bahasa Inggeris bakal dilantik tetap PPP Gred DG41
“Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.
“Guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook miliknya hari ini.
Beliau juga sempat mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berjaya dan bakal memulakan tugas pada 4 April ini.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.
“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” jelasnya.