Guru interim Bahasa Inggeris bakal dilantik tetap PPP Gred DG41

Adlan Farhan Azwan
09 Mar 2022 07:40pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April 2022 akan dilantik tetap sekiranya memenuhi syarat dan lulus temuduga.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, mereka yang terbabit perlulah memenuhi syarat Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dan lulus temu duga terlebih dahulu sebelum dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Baca juga

Guru interim berjaya temu duga SPP bakal dapat lantikan secara tetap

Pelajar tahun akhir matrikulasi KPM mohon sekarang, peluang jadi pensyarah cerah

“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu mahir dan fasih berbahasa Melayu serta mahir berbahasa Inggeris pada tahap "independent proficiency” seperti yang ditakrifkan CEFR.

“Oleh itu, mulai tahun 2022, urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu bagi opsyen B perlu mengambil kira penguasaan Bl calon pada tahap mahir, iaitu tahap CEFR C1,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook milik beliau, hari ini.

Tambah beliau lagi, bagi guru interim Bl yang akan tamat tempoh lantikan pada 21 April 2022 tetapi tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan turut ditemu duga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat.

“Walau bagaimanapun, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, Radzi juga berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kompetensi guru Bl bagi memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

“Ini secara langsung akan meningkatkan tahap penguasaan murid dalam Bl seperti yang diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok