Ibu bapa dan penjaga serta pelajar sudah boleh membuat persiapan dengan menyediakan beberapa dokumen bagi tujuan pendaftaran.
Ibu bapa dan penjaga serta pelajar sudah boleh membuat persiapan dengan menyediakan beberapa dokumen bagi tujuan pendaftaran.

Semakan penempatan Tingkatan Satu Sesi 2024/2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Feb 2024 02:19pm

Semakan penempatan bagi pelajar Tingkatan Satu Sesi 2024/2025 kini boleh dilakukan mengikut surat edaran dari sekolah rendah masing-masing.

Difahamkan, kebanyakan sekolah sudah mula mengeluarkan surat penempatan itu untuk perhatian ibu bapa dan penjaga.

Sinar Bestari memetik perkongsian Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia, Klang, Selangor menerusi grup WhatsApp sekolah.

*****

SURAT PENEMPATAN KE TINGKATAN SATU 2024/2025

Berhubung dengan perkara di atas, mohon ibu/bapa/murid hadir untuk mengambil surat tersebut seperti ketetapan di bawah:

Tempat: Dataran Pintar SK Kg Johan Setia

Tarikh: 13/2/2024

Artikel Berkaitan:

Hari.: Selasa

Masa: 11.30 pagi - 1 petang

Jika tuan puan tidak dapat mengambil surat tersebut pada tarikh dan masa seperti di atas, surat tersebut boleh diambil di pejabat SK Kg Johan Setia mulai RABU 14/2 -16/2 pada waktu pejabat sahaja.

Murid perlu membuat pengesahan di sekolah menengah yang ditempatkan bermula 14 hingga 16 Februari 2024.

Bagi yang ingin memohon rayuan (sama ada dalam daerah atau luar daerah), mereka perlu membuat permohonan di sekolah menengah yang ditempatkan pada tarikh yang sama seperti pengesahan.

Keputusan rayuan boleh didapati di sekolah menengah asal bermula 27 Feb hingga 1 Mac 2024.

Makluman tambahan:

Bagi murid yang telah menerima tawaran dari SAM/ MITS/ sekolah swasta juga perlu mengambil surat penempatan sekolah menengah dan membuat pengesahan di sekolah yang ditawarkan.

Dalam borang pengesahan yang akan dihantar, tandakan pada nombor 4 bagi yang menerima tawaran sekolah menengah swasta atau nombor 9 bagi yang menerima tawaran SAM/ MITS. Nyatakan nama sekolah tersebut.

Ini bertujuan untuk mengelakkan nama murid tersebut masuk dalam murid cicir daftar.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor turut memuat naik perkongsian mengenai penempatan pelajar.

Menerusi telegram Tingkatan 1 SMKJK 2024/2025, beberapa maklumat penting telah diwar-warkan kepada ibu bapa dan penjaga.

*****

PENGESAHAN PENEMPATAN DAN RAYUAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI AKADEMIK 2024/2025

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga.

Untuk pengesahan dan rayuan pelajar Tingkatan Satu bagi Sesi Akademik 2024/2025, pihak sekolah telah membuat ketetapan untuk melaksanakan pengesahan penempatan secara bersemuka.

Ibu bapa atau penjaga boleh menghantar surat penempatan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Feb - 16 Feb 2024

Masa: 8 pagi - 2 petang

Tempat: Dataran Sri Permata

Ini hanyalah sebahagian info yang Sinar Bestari dapat kongsikan kepada pembaca.

Mungkin sekolah-sekolah lain, berbeza tarikh semakan penempatan bagi pelajar Tingkatan Satu mereka.

Bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga serta pelajar sudah boleh membuat persiapan dengan menyediakan beberapa dokumen bagi tujuan pendaftaran seperti salinan kad pengenalan, sijil lahir atau yang berkaitan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp