Semakan tarikh ujian tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula esok!
Semakan tarikh ujian tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula esok!

Semakan tarikh ujian tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula hari ini!

Roshlawaty Md Raieh
22 Nov 2022 11:59am
A
A
A

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan tarikh semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab, Ujian Teknikal dan Ujian Khas International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi Tingkatan Satu dan Empat, Tahun 2023 boleh dilakukan hari ini bermula pukul 12.30 tengah hari.

Calon-calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian sesi pertama secara berperingkat bermula 27 November hingga 16 Disember ini.

Makluman panggilan ujian mereka akan dihantar melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

MARA juga memaklumkan setiap calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja dan sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, semakan ujian boleh dilakukan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, boleh die-melkan kepada pengambilanpelajar@mara.gov.my

Menerusi pemberitahuan penting ini, diharapkan semua calon dan ibu bapa peka dan memberi perhatian sewajarnya terhadap perkara tersebut.

Kami di Sinar Bestari mendoakan agar calon-calon yang bakal menduduki semua ujian di atas dapat menjawab dengan baik.

Tenangkanlah fikiran dan kuatkan semangat sebelum tarikh ujian tiba.

Semoga adik-adik akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Artikel berkaitan 

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini  

Alumni MRSM jadi Pegawai Wanita TLDM pertama miliki kepakaran dalam bidang peluru dan letupan, mengagumkan!

8 adab berdoa untuk pelajar amalkan sebelum ujian atau peperiksaan berlangsung


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok