Untitled design (2)
Untitled design (2)

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Roshlawaty Md Raieh
13 Feb 2022 01:14pm
A
A
A

Menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh yang singkat bukan semudah menghafal sifir.

Namun tidak bagi adik Dany Al-Fathoni Khalid dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra, Besut, Terengganu.

Dalam tempoh sembilan bulan 22 hari, dia mampu menghafal semua juzuk malah pencapaian akademiknya turut cemerlang seperti mana cemerlangnya dia menghafaz al-Quran.

Menerusi Facebook Dr. Zulkifli Hussain, Sinar Bestari kongsikan tiga rahsia dilakukan pelajar ini sehingga dia mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu mak ayah di luar sana yang mahukan anak masing-masing menjadi seperti Dany Al-Fathoni.

Untuk Dany Al-Fathoni, Sinar Bestari ucapkan semoga menjadi seorang penghafaz al-Quran yang berjaya. Insya-ALLAH.

*****

Kagum!

Saya dimaklumkan Dany Al- Fathoni adalah antara pelajar yang paling laju menghafal al-Quran di MRSM Ulul Albab. Ya! Dalam isu menghafal ini, bukan tahap kelajuan menjadi ukuran. Matlamat penubuhan MRSM Ulul Albab jauh lebih besar daripada itu.

Tetapi saya tetap rasa nak tahu. Macam mana pelajar ini boleh hafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sesingkat itu.

Saya terus berhubung dengan Dany Al- Fathoni untuk mendapatkan rahsia kelajuannya.

Anak hebat ini dilahirkan di Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Kelantan. Dia mendaftar di MRSM pada Februari 2017 dan khatam al-Quran November 2017.

Dany Al- Fathoni merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Dia seorang yang sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu al-Quran, sering berdoa kepada ALLAH untuk berjaya menghafal al-Quran, bijak mengatur strategi dan memahami kekuatan yang ada dalam diri.

Untuk menghafal 30 juzuk al-Quran, ini rahsia kejayaan adik Dany Al- Fathoni

1) Minat terdapat al-Quran

Pada asalnya, Dany Al-Fathoni masuk ke MRSM atas kemahuan ibu bapa. Namun begitu, dia secara peribadi memang minat dan cintakan al-Quran. Pada saya ini merupakan faktor kejayaan paling asas. Bila kita minat semua jadi...betul tak?

2) Disiplin

Di MRSM Ulul Albab, pelajar perlu bahagikan masa antara akademik dan aktiviti menghafal al-Quran. Dany Al-Fathoni mengakui salah satu faktor kejayaan dia adalah disebabkan ketahanan mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa antara akademik dan al-Quran. Dia patuh pada jadual masa sendiri dan jadual harian MRSM. Semasa tahdir, dia betul-betul fokus.

3) Penetapan matlamat

Pelajar ini menetapkan matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang jelas. Dia menyasarkan matlamat untuk menghafal lima muka surat seminggu dan satu juzuk sebulan. Dia juga menyeimbangkan tasmik dan murajaah dan semasa khatam sudah pegang sekurang-kurang 10 juzuk. Tetapi Dany Al-Fathoni berjaya mnghafal lebih laju daripada matlamat yang telah ditetapkan. Dia berjaya menghafal empat muka surat sehari (dua muka surat semasa Subuh dan dua muka surat semasa Maghrib). Semasa zohor pula, murajaah. Pelajar ini juga pernah berjaya tasmik lapan muka surat sehari. Huh! Powerrrrr!!!!

Pada saya, untuk berjaya, faktor minat jadi perkara asas. Anak-anak perlu ada rasa teruja dengan apa yang mereka lakukan. Keterujaan itu menjadikan mereka mampu bertahan dengan cabaran.

Kedua adalah faktor strategi. Anak-anak perlu work smart bagi memenuhi matlamat. Mereka perlu tahu strategi yang perlu dikuasai bagi menggapai impian masing-masing.

Apa pun - tahniah kepada Dany Al Fathoni atas kejayaan tersebut. Semoga terus memberi inspirasi kepada masyarakat.

Sumber: Facebook Dr. Zulkifli Hussain

Artikel berkaitan 

Teater Solusi bawa tuah kepada Sekolah Seni Malaysia Perak

25 tahun dalam bidang automotif, tiada apa yang mustahil bagi Mastinah

Hasrat Guru Cemerlang jumpa Tun Mahathir tercapai, guna peluang kongsi cerita tentang dunia pendidikan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan