Ribut Tropika Senyar membawa hujan lebat dan angin kencang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, fenomena jarang berlaku berhampiran khatulistiwa. - Foto: Zoom Earth
Ribut Tropika Senyar membawa hujan lebat dan angin kencang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, fenomena jarang berlaku berhampiran khatulistiwa. - Foto: Zoom Earth

Senyar: Apa yang anda perlu tahu tentang ribut tropika bersejarah ini?

28 Nov 2025 10:33am

Ribut tropika (Senyar) kini dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, iaitu kira-kira 94 kilometer ke Timur Laut Tanjung Balai, Indonesia, dan dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j selain boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 46 km/j.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Fenomena yang jarang berlaku

Berikut adalah fakta mengenai Senyar dan kemungkinan impaknya terhadap Malaysia, khususnya di sekitar Pantai Barat dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Taufan Senyar atau 'Singa' terbentuk di Selat Melaka pada 26 November 2025 - kawasan berhampiran khatulistiwa yang jarang sekali mengalami pembentukan taufan tropika.

Kali terakhir fenomena seumpama ini berlaku ialah pada 2001, dikenali sebagai Taufan Vamei.

Kedudukan dan pergerakan semasa

Senyar kini berada kira-kira 102 km barat daya Lumut, Perak, bergerak ke timur - tenggara pada kelajuan 24 km/j. Ia membawa angin kencang dan hujan lebat berterusan.

Artikel Berkaitan:

Kawasan terjejas di Malaysia: Negeri pantai barat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Melaka dan Johor menerima kesan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora.

Garis masa penting

22 Nov: Sistem tekanan rendah dikesan di Selat Melaka.

26 Nov: Pendaratan di Langsa, Aceh (Sumatera).

26 - 27 Nov: Hujan lebat dan angin kencang melanda pantai barat Malaysia.

27 - 29 Nov: Amaran hujan berterusan untuk Selangor dan negeri lain.

Kesan kemungkinan di Malaysia

Banjir: Negeri utara dijangka paling terjejas; manakala banjir setempat di Selangor termasuk Sekinchan. Pengangkutan: Operasi feri dan bot kecil dihentikan; ombak setinggi 4.5 m.

Korban dan kerugian

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 107 maut di rantau ASEAN, dengan kerugian dianggarkan melebihi AS$366 juta.

Tip keselamatan

  • Elak aktiviti pantai dan tepi sungai.
  • Ikuti maklumat terkini melalui MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau hotline 1-300-22-1638.
  • Sediakan kit kecemasan dan patuhi arahan pemindahan. - Astro Awani

 

 

Ringkasan AI

  • Ribut tropika Senyar bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum 46 km/j
  • Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
  • Senyar merupakan fenomena jarang yang terbentuk di Selat Melaka, kali terakhir berlaku pada 2001 dengan Taufan Vamei
  • Negeri pantai barat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Melaka dan Johor akan terjejas
  • Amalan keselamatan termasuk mengelak aktiviti pantai, mengikuti maklumat terkini dan menyiapkan kit kecemasan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp