Seronoknya murid ini dapat sumbangan beg dan kelengkapan sekolah daripada Felcra Berhad
Seronoknya murid ini dapat sumbangan beg dan kelengkapan sekolah daripada Felcra Berhad

Seronoknya murid ini dapat sumbangan beg dan kelengkapan sekolah daripada Felcra Berhad

webadmin
31 Dec 2020 01:28am
A
A
A

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah murid ini apabila dapat bantuan beg dan peralatan sekolah daripada FELCRA Berhad.

Sumbangan itu diberikan kepada 3,400 murid daripada 44 sekolah di Daerah Kinabatangan dan Tongod.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sumbangan yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) badan itu bagi meringankan beban ibu bapa murid.

Katanya, Felcra Berhad memperuntukkan RM450,000 untuk bantuan tersebut yang dilaksana di bawah program Balik ke Sekolah bagi Parlimen Kinabatangan itu.

Menurutnya, 400 murid berkenaan turut menerima sumbangan RM100 setiap seorang dari Lembaga Tabung Haji.

Bung Moktar beramah mesra dengan murid-murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam 2 ketika meninjau sesi persekolahan di sekolah itu, semalam.

“Usaha meringankan beban ibu bapa menghantar anak ke sekolah terus menjadi keutamaan kerajaan dan dibantu syarikat berkaitan kerajaan,” katanya ketika merasmikan program itu,

semalam.

Hadir sama, Pengarah Tabung Haji Sabah, Nurlaila Said.

Dalam pada itu, Nurlaila berkata, Tabung Haji Sabah memperuntukkan RM120,000 untuk program membantu murid golongan asnaf di tiga Parlimen di negeri ini iaitu di Kudat,

Sepanggar dan Kinabatangan.

Katanya, setiap murid menerima sumbangan wang RM100 yang diagihkan menerusi zakat di bawah program Iqra.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok