No Image Caption

Siap sedia semua, PLKN 3.0 bermula Januari 2025!

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
26 Oct 2024 06:02pm

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

"Pada tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk memulakan PLKN 3.0. Kalau ikut perancangan awal (bermula) pertengahan tahun 2025 tetapi terdapat keperluan untuk dilaksanakan lebih awal.

"Kita tumpukan di dua kem untuk dijadikan projek perintis PLKN 3.0 sebelum dilaksanakan secara lebih besar pada Jun tahun hadapan," katanya kepada pemberita di Hutan Percha.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Jiwa Murni Peringkat Melaka yang turut dihadiri Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin.

Adly berkata, jumlah peserta PLKN 3.0 akan ditambah pada pengambilan Jun dengan menyasarkan peserta berusia 16 hingga 35 tahun dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). - Bernama

Adly (tengah) sewaktu ditemu bual petugas media.
Adly (tengah) sewaktu ditemu bual petugas media.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp