Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dibenarkan melaksanakan PdPR dari 26 hingga 28 Mei bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dibenarkan melaksanakan PdPR dari 26 hingga 28 Mei bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR

17 May 2025 10:13pm

Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.

"Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.

"KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara," menurut KPM dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Berikut ialah senarai 71 sekolah yang terlibat:

KUALA LUMPUR:

Artikel Berkaitan:

1) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas

2) SMK Puteri Wilayah

3) SMK Padang Tembak

4) SMK Puteri Ampang

5) SMK Seri Ampang

6) SMK Puteri Titiwangsa

7) SMK Seri Titiwangsa

8) St John Institution

9) Sekolah Kebangsaan (SK) Convent 1 dan 2 Bukit Nanas

10) SK St John 1

11) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Kai

12) SK Kg Bharu

13) SK Pendidikan Khas Kg Bharu

14) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Fletcher

15) SK Jalan Kuantan 2

16) SK Padang Tembak 1

17) SK Padang Tembak 2

18) SK Polis Depot

19) SK Jalan Gurney 1

20) SK Jalan Gurney 2

21) SK Jalan Raja Muda

22) SJKC Lai Meng

23) SMK Maxwell

24) SMK Kiaramas

25) SJKT Appar

26) SJKC Chung Kwok

27) SK (L) Jalan Batu

28) SK (P) Jln Batu

29) SK Pendidikan Khas Jln Batu

30) SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Taman Maluri

31) SK Kiaramas

32) SMK (P) Bandaraya

33) SMK (P) Jalan Pudu

34) SMK (P) Methodist KL

35) SJKC Kuen Cheng 1

36) SK Jalan Hang Tuah

37) SK (P) Pudu

38) SJKC Kung Min

39) SK Jalan Pasar

40) SK Dato Abu Bakar

41) SK Sultan Hishamuddin Alam Shah

SELANGOR:

42) SK Lembah Subang

43) SK Assunta (Satu)

44) SK (L) Bukit Bintang (1)

45) SK Methodist, PJ

46) SK Jalan Selangor (Satu)

47) SK 2 Jalan Selangor

48) SK Satu Sultan Alam Shah

49) SK 2 Sultan Alam Shah

50) SK Sungei Way

51) SJK(T) Vivekananda

52) SMK Sri Utama

53) SMK Lembah Subang

54) SMK Assunta

55) SMK (L) Bukit Bintang

56) SMK Katholik

57) SMK La Salle, Petaling Jaya

58) SMK Sultan Abdul Samad

59) SMK (P) Tmn Petaling

60) SK TUDM Subang

61) SK TTDI Jaya

62) SK Bukit Jelutong

63) SMK TTDI Jaya

64) SMK Shah Alam

65) SMK Bukit Jelutong

66) SK Cyberjaya

67) SK Taman Putra Perdana

68) SK Taman Putra Perdana 2

69) SJK (C) Union

70) SMK Cyberjaya

71) SMK Putra Perdana

- Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp