Screenshot (25)
Screenshot (25)

Silibus jenayah rasuah di sekolah, didik golongan muda

Adlan Farhan Azwan
04 Dec 2021 03:39pm
A
A
A

SHAH ALAM – Kepentingan integriti dan tidak menilai orang berdasarkan jawatan, wang atau status dalam masyarakat wajib diterapkan dalam golongan muda.

Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari berkata, nilai-nilai penting itu perlu diterapkan kepada golongan muda.

Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari

Beliau pada masa yang sama turut bersetuju perlunya ada satu silibus yang mendidik golongan muda tentang jijiknya rasuah di sekolah.

“Mungkin kita tidak guna perkataan rasuah tetapi kita guna perkataan-perkataan seperti keikhlasan, bersangka baik dengan orang lain atau terapkan nilai-nilai murni pada anak-anak kecil kita,” katanya.

BACA JUGA: Guru besar, pengetua harus beri perhatian serius kesalahan salah guna kuasa

BACA JUGA: Keluarga antara faktor dorong individu menjadi pembuli

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters: Rasuah Rampas Masa Hadapan Anak Muda yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panel, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin dan artis yang penyampai radio, Fizie Roslan manakala Amin Idris bertindak selaku moderator.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin

Beliau turut meluahkan kebimbangan di mana pelajar hanya mempelajari silibus ini untuk menghadapi peperiksaan dan tidak menerapkan nilai-nilai yang diajar kepada diri sendiri.

Beliau mencadangkan untuk menjadi kreatif bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa golongan muda.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Contoh, kita boleh lihat negara Jepun di mana mereka mengajar nilai-nilai murni penting ini melalui suasana pembelajaran seperti berdikari dan bertanggungjawab sejak kecil lagi.

“Kita juga semua setuju semua usaha ini perlu bermula dari diri sendiri bagi menghentikan rantaian rasuah yang sudah lama membelenggu,” ulas lanjut Aira.

Sumber: Sinar Rasuah Buster

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok