Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

SPM 2023 tetap dilaksana bermula 5 Disember depan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
06 Nov 2023 05:43pm

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap akan dilaksanakan bermula 5 Disember depan seperti mana yang telah dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia termasuklah di kawasan yang dilanda bencana banjir.

Selain itu, pihaknya juga telah membuat persiapan yang teliti bagi memastikan peperiksaan melibatkan pelajar Tingkatan Lima berjalan lancar di seluruh negara dalam satu masa.

“Kami (KPM) bersedia dan SPM akan bermula 5 Disember 2023 serta kesiapsediaan banjir termasuk menghadapi peperiksaan ini.

“Kami percepatkan SPM sebab mahu ‘pergi’ kepada Januari seperti yang diminta oleh banyak pihak.

“Semua ini sedang kami susun dan insya-ALLAH ia akan teratur mengikut garis masa yang ditetapkan untuk SPM sampai semula kepada Januari,” katanya pada Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dato’ Harun 2, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Dalam majlis sama, Fadhlina turut berkata, pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 sebagai optik keprihatinan KPM terhadap keselamatan dan kebajikan warga serta institusi pendidikan semasa menghadapi bencana banjir.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp