New Project (14)
New Project (14)

St Francis Institution diumum pemenang Solve for Tomorrow 2021

Mohd Khairi Mohamad Yusri
07 Dec 2021 09:49am
A
A
A

SHAH ALAM - Team TAZ dari St Francis Institution, Melaka dipilih sebagai pemenang Solve for Tomorrow 2021 anjuran Samsung Malaysia Electronics dan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Universiti Malaya (UM).

Mengetengahkan inovasi mengenai sebuah aplikasi yang boleh digunakan bagi menghubungkan pelajar Malaysia untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dalam subjek tertentu, kumpulan ini membawa pulang produk Samsung yang bernilai RM6,000 setiap seorang dan produk Samsung bernilai RM12,000 untuk pihak sekolah.

Pemenang tempat pertama

Naib johan pula menjadi milik pasukan Fintech Semporna dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Semporna, Sabah, menerusi projek rumpai laut hijau (Kappaphycus sp) sebagai bahan alternatif untuk mengganti plastik.

Mereka membawa pulang produk Samsung bernilai sehingga RM5,000 manakala pihak sekolah pula menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000.

Pasukan pemenang tempat kedua

Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh kumpulan Climate Crew dari Kolej Genius Insan, Negeri Sembilan yang telah mewujudkan Aplikasi Penjejakan Kitar Semula yang dipanggil 'myPLANET' untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan sikap murni mengitar semula.

Kumpulan ini menerima produk Samsung bernilai sehingga RM4,000 dan produk Samsung bernilai RM8,000 untuk sekolah.

Pemenang tempat ketiga

Dalam pertandingan yang berlangsung sejak 14 Julai dan berakhir pada 4 Disember lalu, para pemenang dipilih oleh panel juri dari Samsung Malaysia dan UM yang menilai projek berdasarkan kebolehlaksanaan idea, kreativiti serta keunikan penyelesaian, aplikasi pengetahuan STEM dan kemahiran pembentangan.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics, Datuk Roh Jae Yeol, berkata mereka sangat kagum dengan idea dan pelaksanaan yang unik dan inovatif oleh para peserta pertandingan tahun ini.

BACA JUGA: Saintis tersohor tarik minat pelajar pilih bidang STEM

BACA JUGA:Buat ibu bapa, ini lima cara yang boleh dilakukan bagi memupuk minat anak terhadap STEM

“Pelajar muda yang berpencapaian tinggi dan luar biasa ini telah mewujudkan penyelesaian kepada masalah kehidupan sebenar yang dihadapi oleh komuniti kita.

"Melalui Samsung Solve for Tomorrow, kami menyasarkan untuk menyediakan platform yang kukuh untuk generasi muda belajar, berkembang dan meneruskan kerjaya dalam STEM,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok