Tahniah! Pasukan pancaragam SK St Joseph raih tempat kedua ‘Rasteder Musiktage’ di Jerman
Tahniah! Pasukan pancaragam SK St Joseph raih tempat kedua ‘Rasteder Musiktage’ di Jerman

Tahniah! Pasukan pancaragam SK St Joseph raih tempat kedua ‘Rasteder Musiktage’ di Jerman

webadmin
31 Dec 2020 01:29am
A
A
A

KUCHING - Pasukan pancaragam sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph mengharumkan nama negara apabila meraih tempat kedua dalam pertandingan Rasteder Musiktage di Jerman baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kejayaan pasukan itu pada acara antarabangsa adalah satu penghormatan besar buat Sarawak.

"Kejayaan mereka adalah hasil kerja keras, pengorbanan, kesabaran, disiplin dan usaha guru mereka.

"Saya berharap kejayaan ini dapat mengajar mereka pelajaran paling berharga iaitu untuk berjaya perlukan banyak usaha,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amar Douglas mengucapkan tahniah kepada pasukan pancaragam SK St Joseph yang memenangi tempat kedua pada Rasteder Musiktage di Rastede Jerman sebaik tiba di Lapangan

Terbangkan Antarabangsa Kuching hari ini.

Sebanyak 20 pasukan dari 20 negara di seluruh dunia mengambil bahagian dalam World Association of Marching Show Bands (WAMSB) itu.

Malam tadi, kumpulan pancaragam itu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut meriah oleh para ibu bapa yang bangga dengan kejayaan anak mereka.

Amar Douglas dan isterinya Datin Amar Doreen Mayang turut hadir menyambut kepulangan cucunya, Isabelle Sudah, 17, yang bermain flut dalam pancaragam itu. -- Bernama

Baca:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Terperangkap dalan hujan lebat, Baverly sanggup gendong pelajar Pendidikan Khas redah air

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin 6 teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

Guru, pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu kini dalam keadaan stabil

'Betis saya sakit seperti kena cucuk' - Calon UPSR mangsa pencemaran Sg Kim Kim kini derita Myokimia

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok