Takrifan 10 gred keputusan SPM
Sebanyak 10 gred keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disenaraikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman Facebook rasminya.
10 gred tersebut adalah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.
Dikatakan, setiap gred SPM itu mempunyai takrif masing-masing.
1) A+ bermaksud Cemerlang Tertinggi
2) A (Cemerlang Tinggi)
3) A- (Cemerlang)
4) B+ (Kepujian Tertinggi)
5) B (Kepujian Tinggi)
6) C+ (Kepujian Atas)
7) C (kepujian)
8) D (Lulus Atas)
9) E (Lulus)
10) Gagal
Selain 10 gred yang dinyatakan ini, terdapat juga keputusan lain yang diperoleh oleh calon SPM.
Catatan ‘Keputusan ditahan’ menerangkan calon disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
Seterusnya, catatan ‘Keputusan dibatalkan’ bermaksud calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan X dalam slip keputusan peperiksaan.
Manakala catatan ‘Keputusan T’ menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.