Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021
Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021

Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021

Nur Balqis Sari
18 Aug 2020 02:58am
A
A
A

Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021

Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Adalah dimaklumkan bahawa penggal persekolahan bagi sesi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 9 Disember 2021 bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan  A.  

Manakala  bagi  sekolah-sekolah  dalam  negeri Kumpulan  B,  penggal  persekolahan  bagi  sesi  tahun  2021  akan  bermula   pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 10 Disember 2021.

Perincian takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021 bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A adalah seperti dalam Lampiran A dan bagi negeri-negeri dalam Kumpulan B adalah seperti dalam Lampiran B.

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

Maklumat terperinci berhubung cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 adalah seperti dalam Lampiran C.

Semua sekolah hendakIah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok