New Project (1)
New Project (1)

Telegram Outreach program Teknikal Pendidikan TVET dilancar

webadminwebadmin
21 Dec 2021 01:17pm

PETALING JAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof telah melancarkan Telegram Outreach, Program Pendidikan Teknikal (TVET) baru-baru ini secara maya.

Merupakan satu platform untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pendidikan TVET dalam memenuhi keperluan tenaga mahir untuk pasaran kerja masa hadapan, Telegram ini yang dibangunkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) juga merupakan saluran untuk mempromosikan program-program TVET Malaysia.

Dalam ucapan pelancaran, Yusran Shah menekankan kementerian telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) bagi tujuan memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional sebagai aliran perdana.

“TPV telah mengubah lanskap pendidikan TVET dalam menghasilkan graduan yang berkualiti dan berkemahiran serta mempunyai kebolehpasaran, kebolehkerjaan, dan kebolehgajian yang tinggi untuk memenuhi keperlua•n Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)”.

“Saya menyeru semua pihak untuk memaksimumkan penggunaan platform Telegram ini untuk meningkatkan lagi kesedaran betapa pentingnya pendidikan tinggi teknikal dan vokasional untuk pertumbuhan ekonomi negara.

“Apa yang diharapkan saluran telegram ini dapat memberikan informasi yang pantas dan terkini kepada para pelajar supaya mereka mendapat pendedahan mengenai peluang pendidikan TVET di Malaysia dan seterusnya dapat meningkatkan minat mereka untuk menyambung pelajaran selepas tamat Tingkatan Lima. Ini juga akan membantu Malaysia dalam meningkatkan kedudukan pencapaian indikator School Life Expectancy pada masa akan datang”, tambah beliau lagi.

Sempena pelancaran tersebut, satu siri webinar bertajuk, ‘Keperluan Tenaga Kerja Masa Hadapan’ turut diadakan.

Menyentuh mengenai polisi, inisiatif dan hala tuju TVET di negara ini, ia mengetengahkan panelis yang terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPM, Ts. Zainab Ahmad; Pengarah Strategi Daya Saing Negara, MPC, Mohamad Muzaffar Abdul Hamid dan Perunding TVET IWM Group Resources, Fahisham Saad.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp