‘The Food Bank Project’ bantu keluarga murid yang memerlukan
‘The Food Bank Project’ bantu keluarga murid yang memerlukan

‘The Food Bank Project’ bantu keluarga murid yang memerlukan

Roshlawaty Md Raieh
12 Aug 2022 06:26pm
A
A
A

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 2: Zero Hunger, SDG 3: Good Health and Wellbeing dan SDG 17 Partnerships for the Goals, pihak Jabatan Sains Asas, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor mengambil inisiatif menjalankan ‘The Food Bank Project’ bersama warga Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU) bagi mendekati keluarga murid yang memerlukan.

Pengarah projek, Razif Dasiman berkata, seramai 35 buah keluarga telah dikenal pasti untuk menerima manfaat melalui ‘The Food Bank Project’ tersebut.

Menurutnya, bantuan pakej atau kit keperluan asas seperti beras, telur, minyak, gula dan tepung yang disumbangkan Nadi Annisa Muslim Women Organisation Kuala Lumpur & Selangor (Nadi Annisa) diharap dapat menjadi batu loncatan kepada penerima dalam meneruskan kehidupan seharian sekali gus meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu, Yang Di Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SEBARU, Mohamad Ridzuan Naser berkata, program murni berkenaan wajar diteruskan pada masa akan datang dalam membantu masyarakat lebih-lebih lagi warga sekolah yang memerlukan.

“Kita cuba menolong keluarga murid yang mungkin ada masalah kewangan dengan menyerahkan sedikit bantuan keperluan asas kepada mereka.

“Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban ibu bapa di SEBARU ini,” katanya selepas menyampaikan kit barangan asas kepada keluarga murid pada satu majlis, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Jabatan Sains Asas FSK UiTM, Farezadi Zafry Jamhuri dan guru besar SEBARU, Norzakiah Daud.

Artikel berkaitan 

Graduan UiTM terima Anugerah Khas, keluarga dan pensyarah pembakar semangat 

Pasukan debat UPM bawa pulang gelaran juara dan pendebat terbaik. Apa rahsia mereka? 

Kerana Ammar, sekumpulan guru sanggup kumpul duit dan jahit seluar sekolah. Warga maya sebak! 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok