SK Tengku Ampuan Intan, antara tiga sekolah yang ditutup dan akan diberi cuti bencana sehingga banjir pulih semula.
SK Tengku Ampuan Intan, antara tiga sekolah yang ditutup dan akan diberi cuti bencana sehingga banjir pulih semula.

Tiga sekolah di Kuala Berang ditutup! Akan diberi cuti bencana sehingga banjir pulih semula

28 Nov 2024 01:01pm

Situasi banjir yang semakin buruk di Pantai Timur telah memaksa penutupan sekolah demi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan.

Langkah ini adalah wajar bagi mengelakkan risiko kepada nyawa dan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Terbaharu, tiga sekolah di daerah Kuala Berang, Terengganu telah ditutup akibat banjir dan akan diberi cuti bencana sehingga keadaan pulih semula.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu.

Selain penutupan sekolah, lokasi pusat peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung 2 Disember ini turut diberi perhatian Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Menurut Pengarahnya, Jelani Sulong, JPNT telah menempatkan beberapa lokasi pusat peperiksaan baharu untuk sekolah yang terjejas.

"Terdapat 166 pusat peperiksaan bagi seluruh negeri Terengganu dan berikut dikongsikan lokasi pusat peperiksaan yang tersenarai sebagai berisiko banjir," katanya.

1) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai: Laluan dan asrama dinaiki air - Kekal di sekolah

2) SMK Ayer Puteh: Laluan dan sekolah banjir, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Cheneh Baru

Artikel Berkaitan:


3) SMK Mak Lagam: Laluan dan sekolah banjir, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Banggol

4) SMK Bukit Mentok: Laluan ke sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Permai.

5) SMK Tengku Ampuan Intan: Sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Jenagor

6) SMA Mahmudiah: Sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpang ke SMK Ajil

7) SM Imtiaz Kuala Berang: Sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SM Sains Hulu Terengganu

8) SMK Padang Kemunting: Laluan dan sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Tengku Mizan Zainal Abidin

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp