Hantaran Timbalan Perdana Menteri yang dimuat naik oleh beliau pada Selasa.
Hantaran Timbalan Perdana Menteri yang dimuat naik oleh beliau pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri ucap tahniah kepada calon STPM 2024

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Jun 2025 12:04am

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 yang menerima keputusan masing-masing hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau pada Selasa, Ahmad Zahid menyifatkan hari pengumuman keputusan ini sebagai detik yang dinanti-nantikan oleh calon peperiksaan di seluruh negara.

"Hari ini tentunya menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh 41,434 calon STPM 2024 yang akan menerima keputusan mereka.

"Apa pun keputusannya, saya doakan yang terbaik buat anda semua. Kalau dapat keputusan cemerlang, alhamdulillah teruskan usaha. Kalau belum seperti yang diharapkan, jangan risau. Ini bukan penamat, tetapi satu permulaan. Banyak lagi peluang yang akan datang, insya-ALLAH," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa semua calon telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan penting ini.

Selain menghargai semangat dan ketekunan calon, Ahmad Zahid juga merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik dan ibu bapa yang menjadi tonggak utama di sebalik kejayaan anak-anak.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan para guru yang sentiasa menjadi penyokong utama di belakang kejayaan anak-anak ini.

"Proud of everyone & wish you all the best!," tulis beliau.

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp