download (7)
download (7)

Transformasi zon sekolah, usaha ke arah meningkatkan kebolehlihatan pejalan kaki dan keselamatan jalan raya

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
12 May 2022 04:49pm

PETALING JAYA – Sebanyak 100 zon sekolah di 23 negara termasuk Malaysia bakal ditransformasi dari segi peningkatan keselamatan dan kebolehlihatan menjelang 2024 dalam usaha membantu melindungi pejalan kaki.

Pengumuman itu dibuat oleh syarikat sains dan inovasi, 3M yang menyedari keperluan untuk menangani bahaya tersebut dengan segera dan menjadikan zon sekolah lebih selamat.

Antara masalah yang sering timbul adalah keadaan jalan yang tidak diselenggara, ketiadaan laluan untuk melintas dan kadar keterlihatan yang rendah di zon sekolah mendedahkan murid-murid kepada risiko ketika mereka berjalan kaki atau berbasikal untuk pergi dan balik dari sekolah.

Baca juga

Pertandingan ‘DIY Made Simple’ kembali, penyertaan dibuka sekarang

Penyelidik UM hasilkan ToothPoly, inovasi didik murid jaga kesihatan gigi

Menurut Presiden Bahagian Keselamatan Pengangkutan 3M, Dr Dan Chen, komitmen 3M untuk menambah baik keselamatan zon sekolah berteraskan kepada keyakinan bahawa setiap kanak-kanak berhak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dan pergi ke sekolah dengan selamat.

“Dalam tempoh dua tahun akan datang, kami akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan bagi meningkatkan keselamatan di zon sekolah serta membangunkan model yang boleh diperluaskan untuk komuniti berisiko tinggi dan kekurangan sumber bagi membina jalan yang lebih selamat untuk semua kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap keselamatan jalan raya dan pengangkutan, 3M telah melantik penyelidik bebas pihak ketiga di 11 negara pada 2021 bagi mengenal pasti kebimbangan utama dalam kalangan orang dewasa berkaitan keselamatan ketika berulang alik pulang dan keluar dari rumah, serta pandangan mengenai tahap keselamatan pengangkutan dalam komuniti mereka.

Khusus di Malaysia, lebih setengah juta kemalangan jalan raya direkodkan pada Mac 2020 sehingga Oktober 2021, membabitkan 5,412 kes kemalangan maut dengan 5,739 kematian.

Ketua Negara 3M Malaysia, GT Lim berkata, pihaknya menekankan sokongan 3M Malaysia terhadap inisiatif ini dengan menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu bagi melindungi generasi pemimpin akan datang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Memandangkan murid-murid di seluruh dunia telah kembali ke sekolah setelah sekian lama menjalani sesi pembelajaran di dalam talian akibat pandemik, ia menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi mereka sebaik mungkin.

“Oleh itu, 3M Malaysia telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam menjayakan mesej penting ini dan melindungi murid-murid sekolah kita,” jelasnya.

Set pertama transformasi zon sekolah telah dimulakan pada tahun ini di Amerika Syarikat hasil kerjasama dengan bandar Nashville, Tennessee semasa Bulan Kesedaran Pemandu Kebangsaan pada April lalu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp