Tengku Puteri Afzan Aminah meraih Ijazah Sarjana Muda Sains bidang Pengurusan dan Perakaunan dari Royal Holloway University.
Tengku Puteri Afzan Aminah meraih Ijazah Sarjana Muda Sains bidang Pengurusan dan Perakaunan dari Royal Holloway University.

Trivia Puteri Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah 'graduan Royal Holloway University'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 Aug 2024 04:27pm
A
A
A

Keluarga diraja Pahang terkenal dengan sikap mesra dan cakna terhadap kesejahteraan rakyat.

Sifat semula jadi itu dapat dilihat menerusi keperibadian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sehinggalah kepada anakanda-anakanda baginda.

Baru-baru ini, Sinar Bestari berkongsikan latar belakang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kedua kepada Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang.

Tengku Hassanal mewarisi sifat rendah diri dan kesederhanaan Sultan Abdullah apabila sering kelihatan solat jemaah di masjid sekitar Kuantan, Pahang tanpa sebarang protokol yang ketat.

Kali ini, kami berkongsi pula trivia Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, anakanda keempat bagi pasangan diraja Pahang ini.

Tengku Puteri Afzan Aminah dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (yang juga putera keempat).

Kedua-duanya graduan universiti ternama di United Kingdom iaitu Royal Holloway University.

Baginda meraih Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Pengurusan dan Perakaunan setelah menghabiskan pelajarannya di kota England pada tahun 2022.

Selain bijak dalam pengajian, Tengku Puteri Afzan Aminah juga mewarisi bakat memasak daripada bondanya.

Malah, baginda dikatakan tidak kekok bergaul dengan rakyat, murah senyuman dan sering mengiringi Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang ke majlis rasmi ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok