Tunku Azizah (gambar tengah) memegang kad pintar yang tertera ISTAC, UIAM.
Tunku Azizah (gambar tengah) memegang kad pintar yang tertera ISTAC, UIAM.

Tunku Azizah kini pelajar sarjana UIAM! ‘Baginda ikuti pengajian Sarjana Sastera dalam Pemikiran dan Tamadun Islam di universiti berprestij ini’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Nov 2024 05:24pm

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, 64, telah berkongsi berita gembira di Majlis Konvokesyen ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di mana baginda kini bergelar pelajar Sarjana Sastera dalam Pemikiran dan Tamadun Islam di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), UIAM.

Pengumuman itu disambut baik semua hadirin majlis konvokesyen dan rakyat jelata.

Rata-ratanya merakamkan ucapan tahniah kepada Tunku Azizah kerana mempunyai semangat yang kental untuk menimba ilmu di usia yang matang.

Selain mengumumkan berita baik pada majlis itu, Tunku Azizah turut tidak ketinggalan berkongsi di laman sosial TikToknya.

Kelihatan baginda memuat naik foto memegang kad pintar yang tertera ISTAC, UIAM dengan catatan ‘Kembali ke sekolah, doakan saya’ di ruangan kapsyen.

No Image Caption

Sementara itu, warga maya sempat berseloroh dengan baginda menerusi komen di TikTok.

"Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga patik dapat bersua muka dengan tuanku di mana-mana kulliyyah nanti. Aminn.”

Artikel Berkaitan:

"Siapalah roomate Tuanku ni, untungnya.”

Sekadar info, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.

Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (pada ketika itu).

No Image Caption

Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.

Terbaharu, Tunku Azizah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp