Dianggarkan, lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah tiga penuntut UiTM Dungun yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura malam tadi.
Dianggarkan, lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah tiga penuntut UiTM Dungun yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura malam tadi.

PM ucap takziah kepada keluarga pelajar UiTM. ‘Kes yang sangat menyayat hati, semoga keluarga tabah dan mendapat keadilan sewajarnya’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Oct 2024 03:27pm
A
A
A

Pemergian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam, terus mendapat perhatian dan kiriman ucapan takziah daripada orang ramai.

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan sedihnya menerusi hantaran di platform X hari ini.

Sinar Bestari memetik perkongsian beliau berkenaan pemergian tiga pelajar terbabit.

"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelajar UiTM Dungun yang kembali ke rahmatullah malam tadi.

"Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian ini.

"Semoga keluarga tabah hadapi dugaan dan mendapat keadilan yang sewajarnya,” tulisnya di aplikasi X.

Untuk info, kemalangan maut tiga pelajar UiTM Kampus Dungun itu melibatkan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC ditunggang mangsa serta sebuah kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

Honda CRV didapati merempuh kedua-dua motosikal yang dalam perjalanan ke universiti dari arah belakang menyebabkan sebuah daripada motosikal berkenaan diseret hampir 60 meter.

Dalam kejadian itu, Khairil Anwar Jamaludin, 20; Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, maut serta seorang lagi, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, cedera parah.

Ketiga-tiganya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok