1212666
1212666

Vaksin COVID-19: Patuhi janji temu dos kedua untuk remaja

webadmin
05 Nov 2021 12:06pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dan penjaga disaran mematuhi janji temu dos kedua vaksin COVID-19 untuk anak remaja, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dr Noor Azmi yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sejak seminggu lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat remaja yang tidak memenuhi atau menghadiri janji temu dos kedua seperti ditetapkan.

Katanya, mengikut unjuran kadar vaksinasi dos kedua bagi remaja sepatutnya mencapai 80 peratus pada 11 Nov ini namun berdasarkan pemantauan unjuran janji temu dos kedua terkini, sasaran berkenaan hanya akan tercapai pada akhir November atau awal Disember ini.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak memastikan anak remaja mereka menerima dos kedua, risiko untuk kumpulan remaja ini dijangkiti COVID-19 adalah lebih tinggi berbanding mereka yang telah menerima dos lengkap.

“Situasi ini pastinya akan memberi kesan kepada pembukaan semula sekolah dan juga

pembukaan semula sektor ekonomi di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Azmi memaklumkan ibu bapa yang terpaksa menjadualkan semula janji temu dos

kedua boleh menghubungi pihak sekolah bagi mendapatkan janji temu baharu.

Katanya, ibu bapa yang tidak dapat hadir dimohon mewakilkan seorang individu dewasa bagi mengiringi anak-anak untuk menerima suntikan vaksin itu dengan mengisi Surat Perwakilan Ibu bapa atau Penjaga yang boleh didapati daripada sekolah anak masing-masing.

“Saya memahami ada dalam kalangan ibu bapa yang bimbang anak akan mendapat kesan

sampingan seperti alahan. Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan bahawa kesan sampingan yang serius adalah amat jarang berlaku dan dengan rawatan awal, remaja akan pulih sepenuhnya.

“Meskipun sektor ekonomi dan sosial telah dibuka semula, dan keadaan semasa semakin

bertambah baik, ibu bapa harus sedar bahawa risiko jangkitan COVID-19 masih tinggi lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang belum melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya.

Menurut Dr Noor Azmi, sehingga 3 Nov (semalam), seramai 2,622,306 atau 83.3 peratus remaja telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan 2,197,961 atau 69.8 peratus telah menerima dos kedua.

Beliau berkata negeri yang mencatatkan pencapaian dos kedua tertinggi iaitu Melaka (88.6

peratus), Perlis (87.8 peratus), Pulau Pinang (83.7 peratus), Kedah (81 peratus) dan Terengganu (80.9 peratus).

-- BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok