Video monolog Cikgu Syuaib muncul johan di Festival Seni Australia
Video monolog Cikgu Syuaib muncul johan di Festival Seni Australia

Video monolog Cikgu Syuaib muncul johan di Festival Seni Australia

Roshlawaty Md Raieh
24 Jun 2022 10:25am
A
A
A

Bakat guru muda, Cikgu Mohd Syuaib Samijan ini cukup besar.

Selain menjadi cikgu vokasional di Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Cikgu Syuaib juga sangat berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Malah, beliau turut aktif dalam penulisan skrip dan pengarahan artistik.

Kerana keaktifan tersebut, maka tidak hairanlah dia berjaya melatih dan membimbing ramai pelajar dalam bidang tersebut sehingga sebahagian daripada mereka telah menempa kejayaan dalam industri seni persembahan tempatan.

Dek kebolehan dan keistimewaan yang ada pada guru kelahiran Sandakan, Sabah ini, berbaloilah beliau digelar seniman ‘Triple Threat’.

Baru-baru ini, Cikgu Syuaib telah memenangi hadiah pertama kategori monolog di Festival Seni ‘Under The Skies of Australia’ yang berlangsung secara jarak jauh, 20 Jun lalu.

Monolog bertajuk ‘Dilema Rasa’ yang disampaikan Cikgu Syuaib merupakan satu kritikan terhadap budaya media sosial yang mengaburi generasi kini hingga taksub mencari kepuasan diri melalui reaksi orang awam di semua platform laman sesawang.

Video berdurasi lebih lima saat itu menjentik hati para pendengar kerana menceritakan tentang luahan hati seorang guru terhadap media sosial sekarang.

https://youtu.be/5i1sOYBtvwg

Luahan hatinya yang dipetik dalam rakaman monolog tersebut adalah seperti yang dikongsi di bawah ini:

“Tiada siapa yang akan peduli kamu. Semuanya dihujung jari. Yang orang nampak, apa yang tertera di media sosial. Apa lagi sekarang, TikTok berleluasa. Zaman IG, zaman Facebook rasanya sudah berlalu, apa yang kamu nampak cuma lakonan, kadang air mata cuma buatan, gelak ketawa adalah kedukaan”

Itulah sedikit coretan hati Cikgu Syuiab yang membawa maksud sangat mendalam bagi yang mengerti.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, meluahkan rasa bangga dengan bakat ditonjolkan Cikgu Syuaib yang merupakan jurulatih seni persembahan di institusi berkenaan.

“Kejayaan ini merupakan bukti betapa pentingnya guru- guru diberi peluang meneroka bidang yang mereka minati untuk mewujudkan sekolah yang dinamik dan berkebolehan,” katanya.

INFO

  • Cikgu Syuaib merupakan anak ketiga dari empat adik beradik.
  • Sudah menjadi pendidik selama 17 tahun dan kini mengajar Kursus Hospitaliti (jurusan pastri dan bakeri) di KV Keningau.

Pencapaian dan sumbangan:

1)Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kokurikulum

2)Jurulatih Utama Semarak Teater peringkat negeri

3)Jurulatih Semarak Teater peringkat kebangsaan

4)Jurulatih Teater kebangsaan

5)Panel Temuduga Serlahan Seni, Sekolah Seni Malaysia

Pencapaian membimbing pelajar dalam bidang hospitaliti:

1)Jurulatih Asian Konvensyen Makanan (AFC) di Bali -Wakili pasukan Malaysia kategori dekorasi kek

2) jurulatih AFC Di KL - wakili Kolej Vokasional

3)Jurulatih Konvensyen Makanan di Melaka kategori dekorasi kek - Pingat perak

4)Jurulatih Festival Makanan di Sabah kategori dekorasi kek - Pingat emas

5)Jurulatih Utama Kemahiran Dunia (WSMB) bidang pastri

6)Jurulatih Utama KV Skill, Kolej Vokasional Sabah

Pencapaian dalam bidang seni:

1)Johan nyanyian Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Keningau 2018

2)Naib johan Pertandingan Kugiran Voktek kebangsaan

Pencapaian membimbing pelajar dalam bidang seni

1)Jurulatih Negeri Semarak Teater kebangsaan - Pingat emas

2)Jurulatih Kumpulan kugiran Negeri sabah (Voktek) - Naib Johan

3)Jurulatih Nyanyian Solo & duet Pesta Sukan Asrama Kolej Vokasional kebangsaan - Johan

Artikel berkaitan 

Rahsia tersembunyi pelajar cemerlang, berikut 9 perkara dikongsi mereka

(VIDEO) Sokongan cikgu kepada pelajar ketika acara tarik tali, tarik perhatian warganet

Guru Geografi muncul Johan Qariah setelah 3 kali sertai pertandingan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok