prasekolah anis
prasekolah anis

14 murid berkeperluan khas, mula prasekolah percuma 1 September ini

Rasyidah Zulkifi
19 Aug 2022 02:58pm
A
A
A

Kira-kira 14 dari 100 murid-murid berkeperluan khas melepasi ujian awal kemasukan Prasekolah Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) yang dijalankan pada 6 Ogos lalu bakal memulakan sesi prasekolah pada 1 September ini.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Anis, Daniel Al Rashid Haron, berkata, untuk memastikan kuota 80 orang dipenuhi, pihaknya akan melakukan saringan terhadap baki kanak-kanak yang gagal dalam penilaian awal itu.

“Kita tidak menolak murid-murid yang tidak melepasi ujian begitu sahaja, sebaliknya mereka dinilai secara berperingkat.

“Seramai 20 anak istimewa akan dilatih tiap-tiap minggu oleh pakar terapi dan kita mahu mempercepatkan proses kemasukan mereka.

“Dalam hal ini, ibu bapa juga perlu menggalas tanggungjawab untuk melatih anak masing-masing kerana kita kasihan jika tahap perkembangan calon ini tidak seperti rakan sebaya yang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, kanak-kanak berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun ini akan bersekolah di Pra-Sekolah Pusat Anis, Jalan Plumbum 7/100A, Seksyen 7, Shah Alam.

“Calon yang terpilih memasuki Anis adalah yang melepasi kriteria ditetapkan antaranya menguasai skil mengenal dan menulis huruf serta nombor.

“Mereka akan menduduki kelas intervensi tiap-tiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala laporan pencapaian dan perkembangan diperoleh pada pertengahan dan penghujung sesi persekolahan,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata, Anis merupakan platform pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran.

Ujarnya, inisiatif ini khusus untuk anak istimewa yang menghidap ‘sindrome down’, autisme, Attention Deficits Hyperactive Disorder (ADHD) dan Global Developmental Delay (GDD).

Artikel berkaitan 

Borang kaji selidik kesediaan pembukaan sekolah pada 1 September 2021 ini

Murid prasekolah teruja Iron Man datang sekolah. Kejutan yang menjadi!

(VIDEO) Guru sabar didik murid berkeperluan khas, latih otot kaki menaiki tangga


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok