HomeGen ZKemahiran(VIDEO) Guru sabar didik murid berkeperluan khas, latih otot kaki menaiki tangga

Artikel Berkaitan

(VIDEO) Guru sabar didik murid berkeperluan khas, latih otot kaki menaiki tangga

Bagi murid berkeperluan khas (MBK) yang mempunyai kesukaran untuk bergerak seperti rakan normal lain lazimnya akan dibantu guru kelas bagi menjalani latihan menguatkan otot kaki.

Pemantauan yang ketat ketika mereka berjalan akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Situasi ini dapat dilihat melalui hantaran video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun Suyah80.

Rakaman tersebut memaparkan guru-guru pendidikan khas sedang melatih anak murid yang kurang upaya berjalan menaiki anak tangga.

@suyah80

#Kamihanyamembantu💪🏻

♬ Kisah Dongeng – Stacy

Katanya, video tersebut dibuat bertujuan memberi pengetahuan kepada warganet mengenai terapi untuk menguatkan otot kaki murid MBK.

Difahamkan, latihan itu juga membantu mereka untuk berdikari apabila semakin menginjak ke umur dewasa.

Video tersebut berjaya meraih 588,500 tontonan dengan 47,400 tanda suka daripada pengguna platform TikTok yang rata-rata menaikkan semangat guru MBK untuk terus bersabar mendidik murid yang kurang bernasib baik.

Nurhani: Besar pahala cikgu yang mendidik anak istimewa dengan penuh kesabaran. Saya ada anak buah istimewa, tahun ini Darjah Satu.

Liyana MSuhaimi: Saya harap anak syurga saya juga disayangi guru-guru dan ada kawan kerana dunia mereka sukar.

Aziesidek83: Jasamu dikenang cikgu, semoga ALLAH permudahkan segala urusan para pendidik. Amin.

Artikel berkaitan

(VIDEO) “Alhamdulillah saya tidak sekolah lagi”, murid ‘gembira’ lihat sekolah terbakar

(VIDEO) Tindakan melanggar lampu merah sukarkan murid melintas jalan

(VIDEO) ‘Ini mesti ustaz kesukaan murid-murid’, guru tidak menang tangan terima hadiah sempena Hari Guru 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini