Rezeki anak-anak istimewa SK Serdang dapat sarung baju raya baharu
Rezeki anak-anak istimewa SK Serdang dapat sarung baju raya baharu

Rezeki anak-anak istimewa SK Serdang dapat sarung baju raya baharu

Roshlawaty Md Raieh
28 Apr 2022 04:57pm
A
A
A

Seramai 69 murid Islam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Selangor menerima kelengkapan hari raya menerusi Program Shopping Raya bersama Ehsan Plant & Property Sdn Bhd pada 20 April lalu.

Program yang diadakan di Mydin Wholesale Hypermarket USJ 1 itu telah menyediakan kelengkapan Aidilfitri seperti baju kurung, baju Melayu, tudung dan songkok kepada murid-murid istimewa dari sekolah berkenaan.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Tg Susyanti Hirwany Tg Mahassan berkata, ini kali ketiga Program Shopping Raya diadakan dan ia cukup memberi kegembiraan dan keseronokan kepada semua murid PPKI.

“Anak-anak istimewa ini perlu disayangi dan diraikan dengan sebaiknya. Mereka punya hati dan perasaan sama seperti orang lain.

“Jadi, apabila mereka datang bersama keluarga untuk memilih kelengkapan raya, memang terpancar kegembiraan pada wajah mereka.

“Tak lupa juga, wajah-wajah gembira ibu bapa yang khusyuk memilih pakaian raya untuk anak. Sebagai guru, inilah yang kami dapat lakukan bagi meringankan beban keluarga murid,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Baca juga 

Siti Nurhaliza duta Binary University & Colleges

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan

Program Shopping Raya telah menerima sumbangan daripada Ehsan Plant & Property Sdn Bhd dan selain menyumbangkan dana untuk pembelian kelengkapan raya kepada murid PPKI, mereka juga turut menyediakan duit raya kepada anak-anak istimewa ini.

Pada program tersebut, Pengarah Urusan Ehsan Plant & Property Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid PV.Abdu telah hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid ini.

Turut memeriahkan majlis adalah Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Petaling Perdana, Musa Ismail; Guru Besar, Noriza Hamid dan ramai lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, Cikgu Tg Susyanti Hirwany berkata, program berjaya mencapai objektif dan berharap ia akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ehsan Plant & Property Sdn Bhd kerana sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada murid PPKI sekolah ini.

“Keprihatinan mereka terhadap murid-murid istimewa ini amat kami kagumi. Terima kasih sekali lagi,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok