Siti Nurhaliza duta Binary University & Colleges
Siti Nurhaliza duta Binary University & Colleges

Siti Nurhaliza duta Binary University & Colleges

Roshlawaty Md Raieh
28 Apr 2022 04:26pm
A
A
A

Binary University & Colleges antara jenama tertua dalam sektor pendidikan tinggi swasta negara.

Kewujudannya sudah menjangkau 38 tahun dan dalam masa dua tahun lagi, jenama ini akan meraikan ulang tahunnya yang ke-40 tahun.

Dalam tempoh tersebut, universiti swasta berkenaan telah menganjurkan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu mereka yang memerlukan.

Pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Binary University, Tan Sri Datuk Professor Joseph Adaikalam berkata, Program Biasiswa Binary-Pelajar Bumiputera merupakan program CSR pertama yang diadakan oleh Binary pada 1989.

“Biasiswa berkenaan telah bermula pada 1989 hingga 2009 dan berjaya mentransformasikan masa depan lebih 20,000 pelajar Bumiputera, luar bandar dan desa.

“Dengan pemberian biasiswa ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar meneruskan pengajian dalam program Diploma Khas aliran Bahasa Malaysia di sini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Binary University dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa; Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohammad Radhi; Naib Canselor Binary University, Profesor Dr Sulochana Nair; Timbalan Naib Canselor Binary University, Puan Sri Datin Profesor Dr Rohini Devi; Ahli Lembaga Pengurusan Universiti, Datuk Ikmal dan Pengarah Kanan Kolaborasi Antarabangsa Binary University, Gilbert Alvin.

Dalam pada itu, Binary University menggunakan Model Pembelajaran yang unik iaitu berunsurkan tiga ekosistem penting.

Model Ecosystem Based Education yang digunakan oleh Binary berjaya menghasilkan graduan yang peka kepada keperluan industri iaitu Graduan Industri - Spesifik Professional (ISP) dan dalam masa sama, Binary juga berjaya melahirkan ramai usahawan muda bagi pasaran tempatan dan luar negara.

Baca juga

Bangga menjadi generasi ketiga, Marsyar Maisyurah tidak kekok teruskan legasi keluarga

Eleena, arkitek terbaik Malaysia

Siti Nurhaliza jadi duta

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Siti Nurhaliza telah diumum untuk memikul mandat sebagai duta pendidikan jenama Binary University selama setahun.

Pelantikan Siti Nurhaliza dimeterai menerusi majlis menandatangani MoU pada hari tersebut.

Menurut Siti Nurhaliza, kerjasama ini memberi makna tersendiri buat dirinya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Walaupun saya dikenali dalam bidang seni dan keusahawanan, namun perkembangan dan keperluan akademik anak bangsa turut menjadi perhatian saya. Ini kerana ilmu adalah asas dan penggerak kehidupan demi masa depan setiap individu.

"Saya datang dari keluarga sederhana. Namun, rahmat ALLAH, saya berjaya dan diberikan limpahan rezeki. Kejayaan ini juga atas sokongan keluarga, suami dan anak-anak.

"Selama ini, saya hanya dikurniakan sedikit kelebihan membantu mereka memerlukan menerusi Yayasan Nurjiwa diusahakan bersama suami, Khalid. Kini tanggungjawab CSR diperluaskan untuk membantu masyarakat memperoleh pendidikan pula," katanya dengan menyeru peminat dan pengikut untuk merebut peluang keemasan yang ditawarkan Binary University dan berharap universiti swasta ini dapat melahirkan lebih ramai masyarakat bijak pandai kerana merekalah yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok