Beza antara guru disiplin dengan guru pengawas, pelajar dan ibu bapa boleh ambil maklum
Rata-rata guru mempunyai jawatan tersendiri yang membezakan kedudukan mereka dalam carta organisasi sekolah.
Umumnya, guru besar dan guru penolong kanan adalah dua pangkat tertinggi yang biasa didengari di sesebuah sekolah.
Baca juga
Rahsia raih Anugerah Pengurusan Pengawas Terbaik peringkat kebangsaan, ini kata Cikgu Mawar!
Tudung pelajar sekolah bawa maksud tertentu, ibu bapa perlu tahu
Bukan itu sahaja, guru disiplin dan guru pengawas juga merupakan antara jawatankuasa yang wujud.
Namun begitu, ramai murid beranggapan guru disiplin dan guru pengawas adalah guru yang sama, kenyataannya tidak.
Guru disiplin dan guru pengawas masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza demi memastikan keharmonian murid dan sekolah terpelihara.
Berikut merupakan perbezaan skop tugasan guru disiplin dan guru pengawas.
Guru disiplin
Kebiasaannya, guru disiplin akan merangka peraturan sekolah berpandukan pekeliling dari Kementerian Pendidikan (KPM).
Mereka juga bertindak sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa sekolah dan dalam kalangan guru-guru.
Selain itu, guru berkenaan juga membantu mengesan salah laku serius dan mengenakan hukuman merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975.
Setelah itu, mereka akan mengambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima daripada guru pengawas.
Golongan ini juga bertanggungjawab menyediakan laporan disiplin kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Guru pengawas
Guru pengawas adalah setiausaha dan penolong setiausaha jawatankuasa pengawas sekolah.
Mereka bertanggungjawab mengadakan mesyuarat rasmi seperti mesyuarat agung, mesyuarat pertengahan tahun dan mesyuarat awal tahun sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh 12 bulan.
Tugas tidak berhenti setakat di situ, selepas tamat mesyuarat, guru itu dikehendaki menyemak minit mesyuarat.
Urusan pencarian calon pengawas sekolah juga dilakukan sebelum dikemukakan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Seterusnya, guru pengawas akan bekerjasama dengan Setiausaha Disiplin dalam melaksanakan kursus kepimpinan pengawas.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Mereka juga membantu mengurus hal ehwal jawatankuasa pengawas dan disiplin murid.
Tuntasnya, Sinar Bestari berharap anak murid dapat memahami bidang tugasan guru disiplin dan guru pengawas dengan lebih jelas.
Sumber: Buku Panduan Pengawas Sekolah