ante-hamersmit-vMP8lfhxPi4-unsplash
ante-hamersmit-vMP8lfhxPi4-unsplash

Ibu ayah risau dengan penguasaan akademik anak-anak? Ikuti cara ini supaya PdPR lebih berkesan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
13 Aug 2021 07:02pm
A
A
A

Mengambil kira mod pembelajaran yang dilakukan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini, mungkin ada ibu bapa yang risau jika anak mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

Ini kerana, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing dan tiada siapa yang ingin anak mereka ketinggalan di belakang, lebih-lebih lagi dalam dalam aspek pendidikan.

Jadi hari ini, GPSBestari ingin berkongsi lima tip supaya ibu bapa dapat memastikan pembelajaran PdPR yang efektif untuk anak masing-masing.

gambar hiasan ©unsplash

1) Kurangkan gangguan semasa belajar

Mempunyai persekitaran pembelajaran dan tempat yang tenang adalah sangat penting. Ini kerana anak-anak tidak dapat menumpukan perhatian untuk belajar sekiranya mereka tidak mempunyai tempat yang sesuai.

Jadi sediakan satu ruang khas untuk anak-anak belaja kerana ini akan membantu mereka untuk lebih menumpukan perhatian. Pastikan juga tempat belajar tersebut adalah berasingan dari tempat tidur atau sofa, serta tidak terlalu selesa sehingga membuatkan mereka mudah tertidur.

Baca juga: ‘UniMAP@Global’ inisiatif terkini pasca Covid-19

Baca juga: Agihan komputer ke sekolah rendah di Sarawak selesai Disember

2) Buat jadual waktu belajar untuk mereka

Percayalah bahawa adalah tidak mungkin bagi kanak-kanak untuk memahami semua pelajaran dalam satu atau dua jam sahaja.

Jadi jadual waktu belajar adalah satu kemestian bagi mereka. Ini akan membantu mereka untuk menyelesaikan tugasan dengan sempurna, mencari sumber tambahan pembelajaran dan apa sahaja yang diperlukan mengikut keperluan subjek yang dipelajari.

3) Pelbagaikan penggunaan gajet

Antara perbuatan yang tidak sepatutnya ibu bapa buat adalah mengabaikan terus penggunaan gajet yang digunakan anak-anak kerana mereka mungkin terlalu memberi kepercayaan bahawa hanya satu alatan sahaja sudah cukup bagi tujuan PdPR.

Namun sebenarnya anak-anak perlu mempunyai alatan lain seperti komputer atau komputer riba yang didedikasikan untuk tujuan PdPR. Perkara ini dapat merangsang kemahiran teknologi maklumat (IT) mereka di mana kemahiran ini sangat penting pada waktu ini.

4) Perhatikan pembelajaran anak-anak

Dengan ketiadaan guru secara fizikal di depan mata, mungkin ada sebilangan kanak-kanak merasakan agak sukar untuk memberi perhatian terhadap pelajaran.

Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa memerhatikan mereka, lihat bagaimanakah tingkah laku mereka semasa belajar.

Namun begitu, kami faham bahawa ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab masing-masing yang wajib dilaksanakan. Jadi, ibu bapa boleh juga memeriksa pembelajaran mereka sekali sekala dalam setiap jam. Ini bagi memastikan anak-anak tahu bahawa mereka akan diperhatikan sepanjang kelas berlangsung.

gambar hiasan ©unsplash

5) Pastikan anak-anak sentiasa bermotivasi

Kehilangan fokus dan perasaan tidak berminat merupakan satu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ini kerana mereka kebosanan berikutan semua aktiviti bersemuka yang dilakukan di sekolah, seperti berjumpa rakan-rakan tidak dapat dilakukan lagi.

Ikuti juga GPSBestari di instagram

Jadi, ini sepatutnya menjadi keutamaan ibu bapa agar anak-anak kekal bermotivasi ketika belajar. Sebagai contoh, berikan penghargaan kepada mereka selepas berjaya menjawab latihan yang diberikan oleh guru, seperti memberikan masa yang lebih untuk mereka bermain permainan video di komputer atau lain-lain. Perkara ini mampu memberikan semangat untuk mereka menghadapi kelas PdPR.

Semoga perkongsian kali ini membantu ibu bapa dalam memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna.

Sumber:techforlearner

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok