271595492_5076866035665702_7712334819396354045_n
271595492_5076866035665702_7712334819396354045_n

"15 hari tanpa kasut tumit tinggi, beg tangan berjenama dan baju formal kerana kamilah cleaner yang dimaksudkan itu"

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
19 Jan 2022 11:41am

Musibah banjir yang melanda beberapa daerah di negeri pantai timur dan pantai barat baru-baru ini, benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan seorang insan.

Memang, bercakap itu mudah bagi yang tidak melaluinya, tetapi buat mereka yang berdepan dengan situasi tersebut, hanya ALLAH sahaja yang tahu segala apa yang terpendam di dalam hati.

Seorang pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong, Pahang, dikenali Rozita Nordin menerusi laman Facebooknya berkata, bukan mudah melalui saat diuji.

“Namun, kita perlu hadapinya dengan sabar dan terus melihatnya dari sudut pandang yang positif,” katanya.

Sementara itu, GPSBestari sempat membaca luahan hati yang dicoret oleh Cikgu Rozita di Facebooknya bertarikh 7 Januari lalu.

Coretan yang cukup menyentuh hati tersebut telah menarik perhatian warga maya dan ramai yang menitipkan kata-kata semangat menerusi ruangan komen.

Mari ikuti perkongsian Cikgu Rozita ini.

Semoga segala urusan beliau dan warga sekolah dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

*****

Kamilah Cleaner Itu

15 hari kami berubah peranan memakai 'uniform' berbeza

Tiada kasut tumit tinggi, beg tangan berjenama mahupun baju formal

Kamilah cleaner itu

Saban hari menyarung uniform berkasut Phua Chu Kang

Beg tangan berjenama bertukar penyodok dan penyapu

Kebaya berubah t-shirt lusuh

Tangan disarung 'gloves' bukan kulit tetapi plastik

Datang bersih, balik bersalut tanah kering

Mengharungi spa lumpur yang menyakitkan hidung

Tiada masa untuk pening kepala

15 hari menyarung, mengharung manis getir bergelar cleaner

Di kala rakan guru bersenda gurau bersama keluarga bercuti di sana sini

Bermain air di kepulauan

Bergembira makan minum di hotel bersama keluarga

Cuti kami kali ini berbeza benar

Tidak dicatat dalam diari

Tidak ditempah, tanpa dirancang

Malah tidak terfikirkan

Kami 'bermain' selut yang tidak diundang

Membasahkan diri dengan air tinggalan banjir

Terpalit tanah yang tengik baunya

Bertemankan rakan- rakan yang bersimpati dari seluruh semenanjung

Dari yang bergelar murid, pelajar, guru, pensyarah, profesor, menteri, Yang Berhormat (YB) tidak kurang juga artis.

Baca juga 14 Sasterawan Negara yang perlu pelajar kenali, ini senarainya!

Baca juga Penuh kejutan! Cikgu Azlina tak sangka jadi guru Malaysia pertama menang Canada/Jasper Research Award 2021/2022

Syukur alhamdulillah

Terima kasih Ya ALLAH

Engkau menghantar rakan-rakan yang tidak pernah kami kenal tetapi berempati dengan kami yang ditimpa ujianMu

Bantuan tiba dari pelbagai sudut, benar rezeki tanpa disangka-sangka

Datang mencurah tanpa diminta

Syukur alhamdulillah, terima kasih warga Malaysia

Bergelumang selut bersama-sama

Bertegur sapa seadanya

Besar sungguh kurniaanMu Tuhanku

Tanpa mengira bangsa dan agama

Bekerja bersama, bergelak ketawa bersenda bergurau

Makan minum bukan di hotel jauh sekali makanan mewah tetap berselera

Terima dengan ikhlas

Berganding tangan dan bahu

Memberi semangat, sokongan moral buat kami yang kehilangan

Nikmat mana yang kami dustakan?

Hikmah berganda yang Engkau hulurkan disebalik ujian ini

Insya-ALLAH, Engkau ganti kehilangan dengan yang lebih baik. Aamiin, Tuhan Yang Maha Pemurah

Insya-ALLAH kami akan bangkit

Pandangi kami dengan KasihMu, Ya Rabb

Basuhi dosa kami, Ya Kareem

Kami reda dengan ujianMu

15 hari bergelar cleaner memberi pengajaran buat kami

Namun, jangan ia berulang lagi

Kasihani kami yang kian lelah

Cukup bagi kami pengalaman sekali ini

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sementara itu, beberapa kata-kata motivasi telah diberikan warganet untuk barisan guru sekolah ini.

GPSBestari menyenaraikan separuh daripadanya iaitu:

Rohaya Dahalal: Semoga dipermudahkan urusan bagi semua warga SMK Bentong dan setiap usaha yang diberi hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas dan mengantikan yang lebih baik.

Ani Aziz: Syukur alhamdulillah, semua memainkan peranan. Terima kasih cikgu-cikgu SMK Bentong. Semoga ALLAH beri kekuatan kepada para guru juga anak murid yang terlibat dengan banjir kali ini. Aamiin

Qaseh Fyza: Cuti sekolah bergelumang dengan keletihan berganda-ganda, namun, rezeki kita ALLAH berikan banjir. Moga ada hikmahnya.

Wan Azlina Wati Inazaha: Allahuakbar, semoga kalian semua sentiasa dalam rahmah dan barakahNya dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat

Yusniza Ahmad: Semoga diganjari pahala yang berlipat ganda buat semua yang berkorban masa dan tenaga.

Yasmin Zakaria: Semoga kalian tabah. Pastinya diganjari pahala yg berlipat ganda..Insya-ALLAH. Aamiin.

Rahim Tanjong Print: Bertabahlah warga SMK Bentong. Kalian memang hebat. Sehari bersama kalian, buat kami insaf akan kepayahan yang ditanggung demi kelangsungan ilmu untuk anak bangsa. Semoga ALLAH permudah urusan warga SMK Bentong.

Norlila Abdul Manap: Satu masa akan datang, kenangan ini akan menjadi memori yang terindah bila dikenang semula, percayalah!

Razip Husin: Guru insan serba boleh, hanya ALLAH yang dapat membalasnya.

Nursyawalina Sulong: Allahurabbi. Moga kesukaran dan kesulitan ini menjadi batu loncatan untuk ke syurga dengan mudah

Norzainiza Buyong: Alhamdulillah, tahniah cikgu. Semoga ALLAH merahmati kehidupan kalian. Aamiin.

Ehsalmah Husin: Tahniah semoga ALLAH ganti segala keperluan emosi mental fizikal yang lebih baik.

Sumber: Facebook Rozita Nordin

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp