3 6 9 12 Murid Tahun Tiga dan Enam tinggal bersama bapa saudara elak keciciran pelajaran
3 6 9 12 Murid Tahun Tiga dan Enam tinggal bersama bapa saudara elak keciciran pelajaran

Murid Tahun Tiga dan Enam tinggal bersama bapa saudara elak keciciran pelajaran

Rasyidah Zulkifi
17 May 2022 03:11pm
A
A
A

Di Alor Setar, Kedah terdapat dua orang anak nelayan masing-masing Tahun Tiga dan Enam hidup dalam serba daif.

Mereka telah diambil bapa saudara Tarmizi Abdullah, 40, untuk dijaga dan dididik supaya tidak keciciran dalam pelajaran.

Baca juga

2,000 sumbangan beg diagihkan, sasar murid asnaf dan B40 Kuala Lumpur

Elak murid keciciran belajar, guru dan ibu bapa berhubung menerusi walkie talkie

Menurut Tarmizi, kedua-dua anak saudaranya itu adalah anak kepada adik lelakinya yang tinggal di Kuala Sala.

Isteri Tarmizi iaitu Tiah Shawal, 42 turut membantu suaminya menjaga kedua-dua anak saudara mereka itu.

Difahamkan, masing-masing bekerja sebagai nelayan dan mengambil upah bekerja di pelantar ikan.

Tarmizi dan Tiah juga tinggal di sebuah rumah tidak berbilik bersama empat anak mereka.

Mereka sekeluarga amat susah di mana anak sulung mereka terpaksa berhenti sekolah sejak Tingkatan Satu kerana ingin membantu anak-beranak.

"Mujur tiga lagi anak masih bersekolah dan saya bersyukur kerana walaupun masih dihimpit kemiskinan namun pengorbanan si sulung yang kini berusia 18 tahun bekerja sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban selain memastikan adik-adiknya dapat meneruskan pengajian," katanya seperti dilaporkan media tempatan pada program iCare4U di Kampung Tepi Laut dan Taman Sri Putra, baru-baru ini.

Biarpun hidup dalam serba kekurangan namun dia enggan melihat dua anak saudaranya tercicir dalam pelajaran seperti anak sulungnya.

"Ketika sesi persekolahan saya akan membawa dua anak saudara tinggal bersama di Kampung Tepi Laut dan menghantar mereka pulang setiap kali menjelang cuti ke Kuala Sala," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi berkata, dalam program lawatan iCare4U di Kampung Tepi Laut dan Taman Sri Putra, seramai tujuh penduduk diberikan bantuan secara one-off bagi meringankan beban mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Peserta yang terpilih menerima bantuan ini terdiri daripada individu yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan kita akan memastikan program seumpama ini dilaksanakan di seluruh negara," katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Zaiton Yahaya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok