2 000 sumbangan beg diagihkan jpwpkl jabatan pendidikan india melayu cina sasar murid asnaf dan B40 Kuala Lumpur
2 000 sumbangan beg diagihkan jpwpkl jabatan pendidikan india melayu cina sasar murid asnaf dan B40 Kuala Lumpur

2,000 sumbangan beg diagihkan, sasar murid asnaf dan B40 Kuala Lumpur

Rasyidah Zulkifi
19 Apr 2022 11:36am
A
A
A

Sebanyak 2,000 buah beg sekolah telah diagihkan kepada murid di daerah Bangsar, Pudu,Keramat dan Sentul melalui program ‘Bag To School 2.0’ edisi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kaedah penyerahan beg dilakukan melalui pihak sekolah kerana mempunyai data dan bilangan penerima yang tepat.

Baca juga

Agih 1,000 kelengkapan sekolah, keluarga B40 Kuala Lumpur dapat bantuan

Kerajaan Johor salur RM20.5 juta bantuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

Selain itu, sebagai pendorong kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid tanpa menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk berjaya di masa akan datang.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Mohd Najib Ab Rahman, usaha murni tersebut merupakan hasil kerjasama pintar bersama badan bukan kerajaan (NGO) Dana Kita dan Pelangi Pagi.

Timbalan Presiden Dana Kita, Muhammad Irwan Omar pula berkata, kerjasama ini dijalinkan kerana JPWPKL khususnya pihak sekolah hampir dengan keluarga-keluarga murid yang memerlukan bantuan dengan adanya data penerima yang lengkap.

Seterusnya, Pengerusi Pelangi Pagi, Azmi Kusnin mengucapkan syukur kerana Dana Kita sentiasa bersama membantu murid-murid keluarga miskin bandar dengan jayanya sehingga mendorong NGO yang lain untuk turut sama membantu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Manakala Yang Dipertua Majlis Guru Besar WPKL, Mohd Sadli Harun pula mengucapkan jutaan terima kasih kerana pihak NGO Dana Kita meringankan beban keluarga murid asnaf dan B40 sekitar Kuala Lumpur dengan pelbagai bantuan selama ini.

​Program ‘Bag to School 2.0’ juga disokong Surau At- Taqwa JPWPKL dan Guru Pewaris Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan