WhatsApp Image 2021-12-10 at 4.24.42 PM
WhatsApp Image 2021-12-10 at 4.24.42 PM

Tidak pernah berputus asa mendidik murid pendidikan khas, Cikgu Azam terharu terima Anugerah Khas Kreatif

Adlan Farhan Azwan
10 Dec 2021 04:27pm
A
A
A

Mendidik murid pendidikan khas merupakan satu tanggungjawab yang besar. Tidak semua pendidik mempunyai keberanian dan ketekunan bagi memastikan golongan murid ini terjamin masa depan mereka.

Baru-baru ini telah berlangsung Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia. Wan Muadzam Wan Abidin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam telah menerima Anugerah Khas Kreatif.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada 3 Disember lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Cikgu Azam merupakan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor. Beliau telah banyak berjasa dalam mendidik murid pendidikan khas bagi kategori masalah penglihatan.

Usahanya dalam memastikan murid pendidikan khas menerima pendidikan telah diterjemah dalam gaya beliau tersendiri.

BACA JUGA: “Bergelar OKU bukan penghalang untuk berjaya” – Graduan UKM

BACA JUGA: (VIDEO) Murid pendidikan khas OKU penglihatan juga boleh bermain ‘Snake & Ladder’ dan ‘Dominos’

Antara yang mendapat perhatian ramai ialah di mana Cikgu Azam mencipta alat bantuan berjalan dan berlari bagi murid-murid pendidikan khas penglihatan.

[embed]https://www.tiktok.com/@cguazam/video/7002969542989237530?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7034399034081101313[/embed]

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu telah mencapai lebih daripada 1 juta tontonan. Ramai yang turut memberi komen kata-kata semangat kepada pelajar dan juga Cikgu Azam.

Perkongsian yang dibuat oleh Cikgu Azam telah tular sehinggakan beliau telah dipanggil untuk ditemu bual oleh beberapa stesen radio.

Cikgu Azam berkongsi tentang inovasinya yang unik dan bagaimana ia membantu murid masalah penglihatan berjalan dan berlari.

Rezeki memang tidak pernah salah alamat. Segala usaha kerja keras Cikgu Azam membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Kreatif.

Ikuti perkongsian guru ini di laman Facebook.

***

Alhamdulillah.

Bersyukur adalah cara terbaik agar merasa diri ini terasa cukup, bahkan biarpun dalam ketika berkekurangan. Jangan berharap lebih sebelum berusaha lebih.

Buat ingatan diri, jangan pernah lupa untuk selalu bersyukur berkali-kali dan sentiasa memberi adalah salah satu cara untuk bersyukur atas nikmatNya.

Terima kasih juga atas jasa baik pihak kementerian dan jabatan yang berkenaan dalam memberi penghargaan yang tidak pernah terfikir bahawa saya akan menerima pengiktirafan ini. Sambutan Hari OKU Sedunia 2021 tidak akan saya boleh lupakan sama sekali.

Terima kasih kepada keluarga tercinta, pada pihak Jabatan Pelajaran Daerah (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pentadbir, rakan sejawat, warga SK Klang , rakan guru, ibu bapa, pelajar-pelajar dan semua teman-teman yang menjadikan diri ini seperti ini. Terimalah penghargaan cikgu atas ucapan yang tidak putus-putus melalui semua medium yang ada.

Tak terjawab sebenarnya.

Banyak pengalaman dalam menghadiri majlis sebegini biarpun ia hanya sepertiga malam dan sebentar sahaja. Mungkin jika ada hati ini ingin benar menulis akan cikgu kongsikan sebaiknya nanti.

Maafkan diri ini sekali lagi kepada semua individu dan organisasi dalam menjemput cikgu untuk hadir dan berkongsi pengalaman dalam pelbagai majlis dan acara yang hampir sama masanya dengan majlis ini. Cikgu dahulukan majlis ini atas janji. Ada rezeki lain kita akan berjumpa.

Cikgu tidak banyak merakamkan gambar, kerana majlis agak padat dan terlalu ramai insan-insan yang sebenarnya cikgu tak kenal dan tidak sempat berkenalan yang ingin mengambil gambar bersama. Jika mereka ada di sini alangkah baiknya jika sudi ‘tag; cikgu.

Alhamdulillah.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Azam. Semoga usaha murni Cikgu Azam berterusan dalam mendidik golongan pendidikan khas dan hanya Tuhan sahaja yang boleh membalas jasa baik guru hebat ini.

Sumber: Facebook Wan Muadzam

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok