Screenshot (58)
Screenshot (58)

Isu masalah beg berat boleh diatasi jika berpandukan FPN

Adlan Farhan Azwan
24 Feb 2022 01:58pm
A
A
A

SHAH ALAM - Isu masalah beg berat yang dialami oleh murid sekolah boleh diatasi dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Pengarah Eksekutif GAINS Education Group, Zaliza Alias berkata, empat elemen penting yang terkandung di dalam FPN harus dititik beratkan semula dalam usaha mengatasi masalah beg berat.

“Tahukah kita, elemen yang perlu ada dalam pendidikan anak-anak ialah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

“Kita mampu mengatasi masalah yang sudah lama membelenggu warga pendidikan negara dengan syarat kita harus kembali berpandukan FPN yang sebenar,” katanya ketika siaran langsung Wacana Bestari di laman Facebook Sinar Bestari, pada Rabu.

Baca juga 

“Tidak perlu persoalkan kepentingan subjek Pendidikan Islam di sekolah” – Alimuddin

Beg roda dan beg silang bukan pilihan baik untuk murid sekolah

Menurut Zaliza, jika kita lihat bagaimana sesebuah negara mempunyai pencapaian dari segi pendidikan adalah dengan Programme for International Student Assessment (PISA).

“Realitinya, negara kita berada di kedudukan bawah berbanding negara-negara lain dan jauh daripada purata PISA kerana kita tidak memberi penekanan kepada yang utama.

“Kita tidak menyedari kepentingan penekanan ini apabila hanya memberi fokus utama kepada pencapaian akademik sehingga melupakan aspek penting yang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata isu ini mampu diatasi dengan melibatkan diri bersama anak-anak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Kita sebenarnya meletakkan bebanan di bahu anak-anak jika kita hanya fokus kepada perkara yang fizikal seperti beg dan buku.

“Ringankan beban dengan bercerita dan membaca bersama mereka supaya ibu bapa dapat menyelami situasi yang sedang dihadapi dan meningkatkan pemahaman tentang pendidikan negara,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok