Menteri Hal Ehwal Agama serah cek bantuan tablet
Menteri Hal Ehwal Agama serah cek bantuan tablet

5,000 pelajar asnaf dapat tablet percuma, RM9.3 juta dana MAIWP

Rasyidah Zulkifi
04 Mar 2022 12:24pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM9.3 juta bagi bantuan tablet kepada 5,000 pelajar asnaf untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Majlis penyerahan replika cek sumbangan tablet disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, semalam.

Baca juga

Kepentingan tablet dalam penggunaan pembelajaran di sekolah

Seramai 439 pelajar MRSM bakal menerima tablet

Menurutnya, usaha MAIWP hendaklah diteruskan bagi membantu golongan B40 seperti pelajar asnaf mendapatkan pendidikan sewajarnya.

Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam sesi penyampaian cek bantuan tablet.

“Pembelajaran norma baharu kini, satu kekangan kepada segelintir para pelajar untuk menghadiri kelas secara dalam talian kerana kekurangan akses internet dan alat peranti.

“Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada MAIWP atas inisiatif yang murni ini bagi memenuhi keperluan anak-anak pelajar asnaf khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Moga sumbangan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna,” katanya.

Pada majlis sama, Idris turut melihat penularan wabak Covid-19 telah banyak mengubah landskap pendidikan di Malaysia.

Katanya, sistem pendidikan negara perlu bergerak pantas ke arah pendigitalan supaya kekal relevan dengan keadaan semasa.

“Atas rasa tanggungjawab MAIWP telah mengambil peranan membantu golongan yang memerlukan terutamanya pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan agar mereka dapat membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Turut hadir, Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Muhd Daud Bakar, Ahli MAIWP, Datuk Rameli Musa, Ahli MAIWP, Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok