The Artsy Craftsy Studio Subang Jaya Selangor Malaysia
The Artsy Craftsy Studio Subang Jaya Selangor Malaysia

Kembangkan bakat seni kreatif murid, kunjungi 5 pusat seni di Selangor cuti sekolah ini!

Adlan Farhan Azwan
25 May 2022 02:58pm
A
A
A

Tidak lama lagi, murid-murid akan mula bercuti bagi penggal satu tahun ini. Kebanyakan ibu bapa sudah pun merancang pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan bersama keluarga.

Salah satunya adalah dengan menyertai bengkel atau kelas seni. Ia merupakan cara yang efektif untuk menerapkan sikap fokus dalam diri yang diperlukan di samping meluangkan masa sepanjang cuti sekolah.

Penyertaan ke kelas seni ini mampu mengasah minda mereka untuk menjadi lebih kreatif. Namun, bagi pembelajaran awal kanak-kanak, pembentukan minda yang kreatif adalah penting untuk perkembangan saraf-saraf otak yang lebih optimum.

Baca juga

Bosan duduk di rumah? Ini 5 tempat menarik khas untuk anak-anak aktif yang suka dengan aktiviti lasak

Ingin memulakan aktiviti berjoging? Ini teknik pernafasan yang perlu diketahui pelajar terlebih dahulu

Kali ini, Sinar Bestari akan kongsikan mengenai lima pusat seni yang perlu dilawati untuk mengasah bakat kreatif yang terpendam.

1) Clay Expression, USJ 1

Clay Expression terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dalam dunia seni tanah liat. Pembelajaran mengenai seni tanah liat diterapkan dalam diri murid-murid untuk menerokai nilai seni yang subjektif.

Teknik pembuatan juga akan diajar di sini supaya para peserta dapat membentuk sesuatu objek yang ingin dihasilkan dengan lebih mudah. Harga kelas ditawarkan bermula daripada RM 250 seorang untuk durasi dua jam setengah, dan menariknya, peserta boleh membawa pulang tembikar hasil tangan sendiri.

2) Sewing World Gallery, Subang Jaya

Mula ditubuhkan pada tahun 1989, organisasi ini telah menjalankan ratusan bengkel atau kelas jahitan dengan tujuan memelihara dan mewarisi seni jahitan dalam perkembangan fesyen masa kini.

Pelbagai kelas yang ditawarkan di sini seperti Colorful Patchwork Blanket Online Workshop, Boxy Pouch Online Workshop, dan banyak lagi. Bengkel yang ditawarkan dengan harga bermula RM 175 ini boleh disertai oleh peserta yang ingin mula belajar menjahit.

3) The Artsy Craftsy, Shah Alam

Daya kreativiti seseorang boleh diasah menerusi pendedahan dalam dunia seni dan juga penyertaan dalam kelas serta bengkel seni kreatif. Hanya dengan RM 100, peserta sudah boleh menyertai kelas yang ditawarkan di The Artsy Craftsy.

Di sini juga, para peserta boleh mengasah kreativiti dalam penghasilan seni lukisan dengan lebih mendalam, serta mampu meningkatkan pemahaman terhadap karya seni.

4) Craft No 7, Petaling Jaya

Craft No 7 yang terletak di Petaling Jaya menawarkan pelbagai bengkel bersesuaian untuk semua peringkat umur. Jadi, tidak perlu bimbang kerana di sini tempat yang tepat untuk murid-murid mengasah bakat seni. Dengan RM 180, banyak bengkel ditawarkan di sini antaranya bengkel penghasilan lilin, lulur badan, corak bunga atas tanah liat dan banyak lagi.

5) A Space to _, Damansara

A Space to _ merupakan antara organisasi yang menawarkan pelbagai jenis bengkel dan kelas seni. Antaranya, seni lukisan, teknik penjilidan buku jepun moden, bengkel bru kombucha, mengait Amigurumi dan banyak lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Berjiwa seni atau tidak, tempat-tempat yang disenaraikan di atas akan membantu murid-murid untuk mengisi masa lapang dengan mengasah bakat seni yang ada pada diri.

Di samping dapat mempelajari seni kreatif, murid-murid juga berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok