fitsum-admasu-oGv9xIl7DkY-unsplash
fitsum-admasu-oGv9xIl7DkY-unsplash

Ingin memulakan aktiviti berjoging? Ini teknik pernafasan yang perlu diketahui pelajar terlebih dahulu

Adlan Farhan Azwan
10 Mar 2022 04:34pm
A
A
A

Sudah terang lagi bersuluh, bersenam sememangnya terbukti dapat meningkatkan kecergasan badan dan kecerdasan minda sekiranya dilakukan dengan betul.

Ramai pelajar di luar sana yang suka melakukan aktiviti berjoging. Hal ini kerana, aktiviti berjoging tidak memerlukan persiapan yang rumit dan boleh dilakukan di pelbagai tempat yang bersesuaian.

Aktiviti ini juga popular dalam kalangan pelajar kerana mereka boleh melakukan bersama rakan-rakan yang lain dan seterusnya dapat meningkatkan lagi tahap keseronokan semasa melakukan aktiviti tersebut.

Berjoging adalah satu aktiviti yang sangat mudah dan telah lama dipraktikkan oleh pelbagai jenis golongan daripada kecil sehingga orang tua.

Baca juga

Selamat atau tidak? Ini yang patut guru dan pelajar tahu berkenaan aktiviti bersukan

Bosan duduk di rumah? Ini 5 tempat menarik khas untuk anak-anak aktif yang suka dengan aktiviti lasak

Namun, bagi mendapatkan tahap kepuasan yang tinggi ketika melakukan aktiviti berjoging, pelajar perlulah mengetahui teknik pernafasan yang betul terlebih dahulu.

Mengetahui teknik asas yang sedia ada juga dapat mengelakkan sebarang kecederaan atau insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Sinar Bestari ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan pelajar semua tentang bagaimana untuk melakukan teknik pernafasan yang betul ketika melakukan aktiviti berjoging.

Pernafasan perut

Pernafasan perut, juga dikenali sebagai pernafasan diafragma, adalah teknik yang membolehkan pelajar memaksimumkan pengambilan oksigen semasa berlari. Ia berfungsi dengan melibatkan diafragma untuk mencipta lebih banyak ruang dalam rongga dada, membolehkan paru-paru berkembang sepenuhnya untuk mengambil lebih banyak oksigen.

Pernafasan perut dapat meningkatkan aliran darah beroksigen ke otot yang akan mengurangkan keletihan dalam tempoh yang lama. Pelbagai jenis kajian telah menunjukkan bahawa pernafasan perut mempunyai kesan menenangkan, yang boleh meningkatkan tumpuan dan daya tahan mental pelajar.

Latihan pernafasan perut

1. Baring di atas lantai atau di sofa dan letakkan tangan atau buku ringan di atas perut.

2. Tarik dan hembuskan nafas secara mendalam. Pelajar akan dapat melihat dengan jelas buku itu naik apabila menarik nafas dan kembali kepada posisi asal semasa menghembuskan nafas.

3. Fokus untuk menghembus semua udara keluar dari paru-paru. Dengan sedikit latihan, pernafasan perut akan berlaku secara automatik dan semula jadi.

Ritma pernafasan yang betul semasa berjoging

1. Intensiti rendah: 3:3 (tiga langkah semasa menarik nafas dan tiga langkah semasa menghembuskan nafas)

2. Intensiti sederhana: 2:2 (dua langkah semasa menarik nafas dan dua langkah semasa menghembuskan nafas)

3. Intensiti tinggi: 1:1 (satu langkah semasa menarik nafas dan satu langkah semasa menghembuskan nafas)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kadar pernafasan ini hanya boleh digunakan sebagai peraturan biasa, dan ia tidak digunakan untuk setiap individu yang berbeza. Cara terbaik ialah mencuba beberapa kadar pernafasan yang berbeza dan mencari yang paling selesa untuk pelajar.

Setelah pelajar memahami teknik pernafasan yang betul, pelajar akan dapat merasa perbezaan ketika melakukan aktiviti ini.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada pelajar untuk terus cergas fizikal dan cerdas minda dalam melakukan aktiviti seharian.

Sumber: Adidas Runtastic

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok