photo1642054404
photo1642054404

Mengagumkan! Murid prasekolah dilatih sebagai penyelidik melalui Research Based Learning

Adlan Farhan Azwan
14 Jan 2022 12:14pm
A
A
A

Dalam kegusaran ramai pihak dengan kadar keciciran kanak-kanak disebabkan pandemik Covid-19, masih ada kanak-kanak yang terus berjaya dibimbing oleh guru-guru dengan kaedah dan strategi yang betul.

Pendekatan Research Based Learning (RBL) membolehkan murid menggunakan sifat ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran, disiplin serta intelek yang diperlukan untuk membangkitkan soalan kajian dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka.

Usaha ini telah dibuktikan oleh kumpulan guru-guru prasekolah dari daerah Kerian, Perak yang diketuai oleh Roslinda Abdullah selaku Penyelaras Projek RBL (Rintis) Daerah Kerian.

Menurut Roslinda, seramai 35 orang murid yang dikenali sebagai penyelidik yang terdiri daripada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun terlibat dalam program ini manakala 13 orang penyelidik telah membentangkan hasil kajian mereka secara dalam talian yang disiarkan secara langsung melalui SEMADU Smart Channel.

Baca juga Penuh kejutan! Cikgu Azlina tak sangka jadi guru Malaysia pertama menang Canada/Jasper Research Award 2021/2022

Baca juga Murid prasekolah teruja Iron Man datang sekolah. Kejutan yang menjadi!

Bagi melaksanakan pengajaran secara RBL, ia dimulakan dengan menyediakan template kajian dengan berfokuskan kepada tunjang dalam prasekolah dan mata pelajaran yang terlibat ialah Sains Awal.

Ia menekankan kemahiran membina template kajian, menyelidik, mengkaji, menganalisis dan mengaplikasi ilmu serta kemahiran yang diperolehi dalam situasi baharu. Mereka dibimbing berdasarkan aras keupayaan mereka tanpa paksaan.

Seramai 25 orang guru pembimbing terlibat dalam program kali ini. Antara sekolah yang terlibat adalah sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Baharu, SK Jalan Matang Buluh, SK Matang Gerdu, SK Dato Alaudin, SK Alor Pongsu dan SK Parit Buntar, Perak.

RBL yang dilaksanakan adalah berdasarkan Modul Pembelajaran Berasas Kajian & Penyelidikan yang digubal sepenuhnya oleh ketua juri, Norafizah Abdul.

Selain itu, panel juri juga terdiri daripada Jemaah Nazir Perak, Dr Noor Azman Hanif dan Penolong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Prasekolah dan Rendah Daerah Kerian, Zuraida Abu Bakar

Projek ini mendapat sokongan padu daripada Guru Besar SK Matang Gerdu, Norazani Mahamad yang merupakan sekolah rintis RBL di negeri Perak.

Tugasan diberi dalam kumpulan dan dijalankan secara didik hibur. Akhirnya mereka mampu membuat pembentangan secara kumpulan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Dalam pembentangan ini pembentang terbaik dimenangi oleh penyelidik prasekolah dari SK Jalan Baharu, Slides Terbaik dari Prasekolah Matang Gerdu, Template Kajian Terbaik dari Prasekolah SK Dato’ Alaudin dan Anugerah Khas Ketua Projek Terbaik, Mahani Sanin dari Prasekolah SK Alor Pongsu.

GPS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kanak-kanak dan guru pembimbing yang hebat ini. Semoga usaha mereka menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok