kemahiran-tulisan-tangan
kemahiran-tulisan-tangan

Murid masih sukar untuk menulis? Pakar pendidikan khas kongsi 5 persediaan bagi mengajar kemahiran tulisan tangan

Adlan Farhan Azwan
24 May 2022 04:32pm
A
A
A

Apabila mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, murid-murid akan didedahkan dengan asas pembelajaran iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).

Hal ini amat penting supaya mereka dapat mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dengan berkesan.

Khusus bagi kemahiran menulis, ia merupakan aspek yang sangat penting meskipun teknologi canggih zaman kini sudah mempunyai pelbagai alternatif tersendiri bagi mengatasi masalah itu.

Percaya atau tidak, masih ramai lagi murid yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran menulis yang rendah.

Artikel berkaitan 

Tingkat kemahiran motor halus anak-anak di rumah, ibu bapa wajib cuba

5 permainan video yang mengajar kanak-kanak dengan pelbagai ilmu pengetahuan

Jadi, kali ini Sinar Bestari ingin kongsikan dengan anda semua terutamanya kepada ibu bapa di luar sana tentang persediaan bagi mengajar murid kemahiran tulisan tangan menerusi hantaran daripada pakar pendidikan khas, Mahfuzah Zainol di laman Facebook.

Ikuti perkongsian tersebut

*

1. Bersedia mengajar anak cara memegang pensel sewaktu umur tiga hingga lima tahun. Setelah itu, kebiasaannya murid akan mula mencipta pegangan pensel sendiri mengikut keselesaan. Saya akan terangkan apa yang perlu dilakukan sekiranya pegangan pensel tidak efektif.

2. Bersedia ajar menulis di atas garisan dengan menggunakan buku bergaris. Bagi murid yang berumur empat hingga tujuh tahun, anda boleh gunakan kertas bergarisan yang lebih lebar daripada biasa.

3. Bersedia ajar menulis dengan arah yang betul. Ini adalah cara memulakan pergerakan menulis yang bermula dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan. Bagi cara menulis dengan betul, kita membenarkan untuk murid yang kidal supaya boleh buat garisan dari kanan ke kiri.

4. Bersedia ajar menulis dengan pembentukan huruf yang betul. Pembentukan huruf tidak betul adalah seperti tulisan secara terbalik.

5. Bersedia ajar untuk menjarakkan perkataan. Bahagian ini hanya boleh diguna pakai sekiranya murid sudah pandai menulis perkataan dengan betul dan seterusnya boleh menulis ayat yang lengkap.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kebiasaannya, tiada penjarakan antara perkataan akan berlaku apabila murid sudah mula menyalin atau menulis ayat.

Jadi, ibu bapa atau guru perlu memberi panduan kepada mereka untuk penjarakan antara perkataan. Boleh ajar guna jari atau batang ais krim mengikut situasi dan minat murid di dalam kelas. Kadang kala, murid perlu diselitkan dengan benda yang dia suka bagi meningkatkan motivasi untuk menulis menggunakan pensel.

Sekian, sedikit perkongsian saya sebagai ahli terapi cara kerja di pendidikan khas yang masih lagi dalam proses belajar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok