Tingkat kemahiran motor halus anak 2 di rumah ibu bapa wajib cuba
Tingkat kemahiran motor halus anak 2 di rumah ibu bapa wajib cuba

Tingkat kemahiran motor halus anak-anak di rumah, ibu bapa wajib cuba

Rasyidah Zulkifi
26 Apr 2022 11:07am
A
A
A

Seawal peringkat bayi lagi ibu bapa perlu sentiasa mengajar aktiviti yang boleh menguatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

Sekiranya kefungsian pergerakan melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan anak mereka lambat berkemungkinan ibu bapa perlu berjumpa dengan pakar terapi.

Ini akan membantu kanak-kanak membesar dengan baik bagi meneroka dunia sekeliling mereka.

Berikut merupakan aktiviti yang membantu meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak di rumah.

1- Aktiviti menggunting bersama anak

Berikan anak-anak lukisan bergaris lurus, melengkung dan pelbagai corak untuk mereka kawal tumpuan mata dan pergerakan tangan dalam menggunakan gunting.

Ibu bapa perlu mengawasi mereka ketika aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

Kebiasaannya, anak-anak yang mampu menggunting mengikut lukisan dengan kemas mempunyai tahap fokus yang tinggi.

2- Ajar anak melukis dan mewarna

Selain meningkatkan kemahiran motor halus, aktiviti melukis dan mewarna mendorong anak-anak menjadi kreatif dan berimaginasi tinggi.

Cetuskan minat mereka dengan mengukuhkan koordinasi tangan dan mata melalui pelbagai jenis lukisan serta medium yang sesuai seperti kapur, cat jari, krayon, arang atau berus lukisan.

Apabila anak-anak menunjukkan minat, mereka pasti gembira melakukan aktiviti ini bersama ibu bapa dan tidak berasa beban

3- Asah kemahiran dengan blok mainan

LEGO adalah contoh blok mainan disertakan dengan panduan binaan yang boleh dirujuk anak-anak.

Permainan ini dapat melatih kemahiran motor halus mereka dengan memusing, memutar, menekan, mencabut dan memasang blok mainan.

Ibu bapa boleh perhatikan aktiviti ini berupaya menguatkan otot jari dan pergelangan tangan anak-anak dari semasa ke semasa.

4- Berikan tanah liat

Kekuatan tendon kecil dan otot anak-anak dapat dibina melalui permainan tanah liat sekali gus mengukuhkan kemahiran motor halus mereka.

Ia boleh didapati di kedai serbaneka berdekatan ataupun ibu bapa boleh menjadikan aktiviti ini lebih menarik dengan membuat doh itu sendiri.

Gunakan bahan semula jadi seperti tepung jagung, serbuk penaik dan air yang semestinya lebih selamat.

Tambahkan pewarna makanan ke dalam tanah liat bancuhan sendiri untuk menarik minat mereka dengan warna ceria.

5- Bermain dengan pasir

Sekiranya pergi bercuti, boleh ke pantai untuk memberi terapi dan melatih kawalan otot jari anak-anak apabila mereka menggali pasir dengan jari atau membina istana jadian.

Ibu bapa boleh belikan pasir kinetik yang halus dan bersih kepada mereka jika mempunyai anak yang lasak supaya terhindar dari sebarang luka.

Gunakan biskut yang sudah dihancurkan untuk alternatif yang lebih selamat jika anak kecil memasukkan tangan ke dalam mulut.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan

Tulisan anak-anak sukar dibaca? Ini yang mak ayah perlu lakukan segera. Penting!

Generasi baharu perlu kuasai kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi

Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok