1400845 (1)
1400845 (1)

Pendaftaran Murid Tahun 1 2023 - 2024, ibu bapa boleh buat pendaftaran bermula 1 Mac 2022

Adlan Farhan Azwan
28 Jan 2022 03:46pm
A
A
A

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan sistem pendidikan bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Kini, ramai ibu bapa boleh menarik nafas lega apabila sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sudah dilakukan secara bersemuka di sekolah.

Masa berlalu sangat pantas dalam tempoh dua tahun ini sejak dilanda pandemik. Kebanyakan kanak-kanak sudah cukup umur untuk memasuki alam persekolahan.

Baca juga UUM, IYRES jalin kerjasama, perkasa golongan belia

Baca juga 41 MPP UUM terima watikah pelantikan, nekad jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 2016 dan 2017, mereka boleh mula membuat pendaftaran bagi memasuki Tahun Satu ambilan 2023/2024 bermula 1 Mac 2022.

Pendaftaran tersebut boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM). Jadi, ibu bapa harus peka dan memberi perhatian kepada tarikh penting ini agar anak-anak dapat didaftarkan dan ditempatkan di sekolah yang dimohon.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan dengan pendaftaran kemasukan Tahun 1 sesi 2023/2024.

1. Murid Tahun 1 Sesi 2023: Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

2. Murid Tahun 1 Sesi 2024: Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar bagi permohonan murid Tahun Satu sesi 2023/2024.

1. Layari laman SPA KPM.

2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan penjaga dan kata laluan bagi pengguna sedia ada.

3. Bagi pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang DAFTAR PENGGUNA.

4. Isikan maklumat peribadi seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

5. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta surat persetujuan kesihatan. Bawa cetakan borang permohonan bersama dokumen seperti sijil lahir kanak-kanak, kad pengenalan ibu bapa/penjaga, surat nikah/cerai, salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu, sampul surat bersaiz standard beserta setem, laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan) dan Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, ibu bapa boleh melayari laman web https://public.moe.gov.my

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok