WhatsApp Image 2021-08-05 at 10.30.37 AM
WhatsApp Image 2021-08-05 at 10.30.37 AM

Pengetua kelapan SSBJ kongsi formula lahirkan atlet murid bertaraf dunia, tak sangka ini rahsianya!

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
09 Aug 2021 04:43pm

Sejak penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada 1996, ia telah melahirkan seramai 59 olympian, enam pemenang pingat Sukan Olimpik dan sembilan juara dunia.

Nama-nama besar seperti Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Pandelela Rinong a/k Pamg, Nur Dhabitah Sabri, Farah Ann Abdul Hadi, Farah Begum Abdullah, Leong Mun Yee dan ramai lagi, telah banyak mengharumkan nama negara hingga menjadikan mereka antara atlet terbaik bertaraf dunia.

Di sebalik kejayaan yang diraih, pasti ada individu hebat yang sentiasa berada di belakang  memberi sokongan dalam semua aspek.

Antara yang tidak pernah kenal lelah memastikan atlet kebangsaan melakukan yang terbaik untuk negara ialah Pengetua SSBJ yang kelapan, Ithnin Mahadi, 51.

Cikgu Ithnin yang berkhidmat di SSBJ selama 25 tahun, mula menjawat jawatan sebagai guru, jurulatih, Ketua Bidang Sukan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Pengetua (5 Ogos 2019 hingga sekarang).

Beliau berkata, pengalaman menjadi pengetua di sekolah tersebut sangat mencabar.

“Saya perlu fokus banyak perkara. Antaranya memastikan kemudahan asas di sekolah diselenggara dengan baik dan lengkap serta kondusif termasuklah kemudahan sukan, asrama, dewan makan, kafe, kelas, kuaters jurulatih dan sebagainya.

“Dan yang paling besar cabarannya adalah memastikan SSBJ mampu melahirkan atlet murid yang cemerlang dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa di samping pencapaian akademik tidak diabaikan,” katanya kepada GPSBestari.

Cikgu Ithnin ketika menerima Anugerah Jurulatih Cemerlang (Lelaki), Anugerah Sukan KPM MSSM/ MILO 2017 pada 2018.

Menurut anak kelahiran Muar, Johor ini, Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan sekolah harian memang banyak perbezaannya.

Baca juga Petua anak hebat, cemerlang dan baik budi pekerti, Ustazah Aminah kongsi rahsianya 

Baca juga Cara mudah menghafal 20 unsur pertama kimia! Gunakan teknik mnemonik yang dikongsikan ini

“SSM adalah sekolah khusus yang menempatkan atlet murid yang berpotensi dalam bidang sukan dan mendapat latihan secara sistematik serta dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang sukan masing-masing.

“Jadual waktu pembelajaran lebih fleksibel kerana atlet murid perlu menjalani latihan setiap hari pada waktu pagi dan petang,” kata penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2003 dan 2020 ini lagi.

Sambung Cikgu Ithnin, kurikulum SSM sama seperti sekolah harian iaitu menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan subjek Sains Sukan merupakan mata pelajaran wajib bagi atlet murid di SSM  Tingkatan Empat dan Lima kecuali elektif pilihan bagi kelas aliran Sains.

Latihan sepanjang pandemik Covid-19

Sepanjang pandemik Covid-19, atlet murid tetap menjalani latihan sukan seperti biasa, cuma bentuk latihannya sahaja yang berbeza.

“Jurulatih SSBJ merancang jadual latihan dan memantau latihan atlet murid secara dalam talian berdasarkan keperluan individu, tahap kebolehan atau keupayaan diri atlet dan kesesuaian persekitaran atlet tersebut, khasnya dari aspek kecergasan dan kemahiran sukan.

“Ada sesi latihan yang memerlukan atlet murid merakam dan menghantar rakaman kepada jurulatih.

Baca juga 4 cara untuk galakkan pelajar tanya soalan

“Kemudian, jurulatih akan memberi input dari aspek pilihan untuk penambahbaikan bagi kemahiran tersebut berdasarkan persekitaran, kesesuaian dan tahap kebolehan atlet supaya kesinambungan latihan sukan dapat direalisasikan,” ujarnya.

Cikgu Ithnin (tengah) menerima surat pelantikan sebagai pengetua SSBJ daripada Pengarah BSKK, Zainal Abas (kiri).

Bagi bidang akademik pula, Cikgu Ithnin berkata, semua kelas dijalankan secara online dan offline.

“Yang tiada masalah internet, mereka akan menjalani kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) manakala yang ada kekangan gajet, internet dan lain-lain, bahan pembelajaran akan dipos,” tuturnya.

Ditanya bagaimana SSBJ melahirkan atlet murid bertaraf dunia, Cikgu Ithnin yang juga Jurulatih Olahraga Kebangsaan berkongsi rahsia kejayaannya.

“Pengurusan dan pentadbiran SSBJ sentiasa akur dengan arahan dan segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM.

“Budaya sekolah yang menerapkan semangat kerjasama warga SSBJ telah terjalin sejak barisan kepimpinan pengetua-pengetua yang terdahulu lagi. Semua memahami dan menghayati visi serta misi sekolah, bersama-sama ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan.

“SSBJ sekolah sukan berkonsepkan sekolah asrama penuh sentiasa memastikan suasana dan persekitaran kondusif yang disediakan berasaskan kepada keperluan atlet murid sebagai atlet sukan dari aspek Program Sukan, Program Akademik yang Berkesan dan Program Sahsiah,” jelasnya.

Akhir sekali, Cikgu Ithnin berkongsi nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berbakat dalam bidang sukan.

SSBJ berkoloboratif bersama Ajinomoto Malaysia Berhad menerusi program Sports Nutrition Awareness Project.

“Penglibatan ibu bapa sangat penting sejak awal. Mereka perlu mengenal pasti bakat dan minat anak-anak sejak kecil lagi.

“Latihan di peringkat awal perlu lebih berstruktur dan  bersistematik. Kemahiran asas sukan yang diceburi perlu dikuasai sejak kecil dengan bantuan jurulatih yang berpengetahuan dan berpengalaman.

“Sekiranya mereka berpotensi dan dikenal pasti dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan, berkemungkinan akan dipilih dan ditawarkan ke SSM melalui Program Mengenal Pasti Bakat yang dikendalikan SSM dan Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, KPM,” ujarnya.

Jangan lupa follow kami di Twitter!

INFO

Nama: Ithnin Mahadi

Asal: Muar, Johor

Umur: 51 tahun

Kelayakan Akademik

Graduate Certificate (Sports Science) Brunel University, West London (2009)

Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Universiti Putra Malaysia (1994)

Kelayakan Kejurulatihan

Diploma of Coaching (Athletics) Semmelweis University, Institute of Coaching and Sport Education), Budapest, Hungary (2003).

Level 2 Coach (Sprints, hurdles & Relays), Australian Track & Field Coaches Education (2000).

Sports Science Level 3, National Coaching Certificate Scheme (2011).

Sejarah Perkhidmatan

Sekolah Alam Shah (1994 – 1995)

Sekolah Sukan Bukit Jalil (1996 hingga sekarang)

Pencapaian sebagai Atlet

Pingat Perak (110m Lari Berpagar) di 8th Asean University Games, Singapore (1994).

Pingat Gangsa (110m Lari Berpagar) di 7th Asean University Games, Shah Alam, Malaysia (1992).

Pingat Gangsa (110m Lari Berpagar) di 4th SUKMA Games, Johor Bharu (1992)

Pingat Gangsa (110m Lari Berpagar) di 2nd SUKMA Games, Selangor (1988)

Pingat Emas (110m Lari Berpagar) di Asean Schools Athletic Championships, Singapore (1988)

Pengalaman Sebagai Jurulatih

Jurulatih Kebangsaan (Podium) bagi Sukan Olahraga

Senarai anugerah diterima Cikgu Ithnin

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, KPM 2020.

Anugerah Jurulatih Cemerlang (Lelaki).

Anugerah Sukan KPM MSSM/ MILO 2011 pada 2012.

Pencalonan Jurulatih Terbaik Kebangsaan.

Anugerah Jurulatih Pembangunan Lelaki 2004.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, KPM 2003.

Anugerah Individu Terpilih

Olahragawan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pelajar Terpilih (cemerlang akademik dan ko-kurikulum) Sekolah Tinggi Muar tahun 1989 pada 1990.

Olahragawan Bawah 20 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Muar, 1989.

Olahragawan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor, 1989.

Anugerah Olahragawan Harapan Negeri Johor.

Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1987 aliran Sastera, Sekolah Tinggi Muar pada 1988.

Olahragawan Bawah 16 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Muar pada 1986.

Kejayaan Atlet yang dilatih

Mohd Robani Hasan (acara 110m lari berpagar), pingat emas 24th Sea Games, Manila 2005.

Shahadan Jamaluddin (acara 400m lari berpagar), pingat emas 24th Sea Games, Manila 2005). Pemegang Rekod Kebangsaan Acara 400m lari berpagar dengan catatan masa 51.28 saat.

Raja Nursheena Raja Azhar (acara 100m lari berpagar), pingat perak 29th Sea Games, Kuala Lumpur 2017, pingat gangsa IV Islamic Games di Baku, Azerbaijan 2017.

Nixon Kennedy (100m, 4X100m), pingat perak 30th Sea Games, Manila 2019).

Mohd Rizzua Haizad (110m lari berpagar), pingat emas 17th Asian Junior athletics Championships, Vietnam 2016. Layak ke 2nd Summer Olympic Youth Games, Nanjing China 2014.

Enrolmen atlet murid SSBJl ialah 334 orang (210 Lelaki/ 124 perempuan)

Pengalaman kerjaya

Guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Alam Shah (1994 – 1995)

Guru dan jurulatih Sukan Olahraga di SSBJ (1996 – 2004)

Jurulatih Olahraga Olahraga di SSBJ (2005 – 2011)

Ketua Bidang Kesetiausahaan Sukan di SSBJ (2012 – 2015)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SSBJ (16 Jun 2015 – 4 Ogos 2019)

Pengetua SSBJ (5 Ogos 2019 hingga sekarang)

Jurulatih Olahraga Kebangsaan daripada tahun 2000 hingga sekarang

 

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp